KEPUTUSAN pengacara dan pelakon, Elly Mazlein untuk sentiasa mengenakan stoking putih bukan sekadar soal gaya, sebaliknya dibuat dengan pertimbangan khusus bagi memastikan aurat terjaga serta mengelakkan sebarang salah faham.Perkara itu dijelaskan Elly ketika berbual bersama Pengetua Maahad Ar-Raudhah (MARDHAH), Ustaz Mohd Azli Abdullah dalam sebuah video [Tonton Sini] yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini. Dalam perbualan tersebut, Elly turut berkongsi cabaran yang dihadapinya dalam menjaga aurat sebagai seorang personaliti yang aktif menghasilkan kandungan di media sosial, termasuk video santai yang kadangkala melibatkan pergerakan seperti berlari.Elly Mazlein berkongsi pandangannya kepada Ustaz Ali selepas konsisten pakai stoking putih. Menurut Elly, pemakaian stoking putih dipilih kerana ia lebih jelas dilihat dan dapat mengelakkan tanggapan negatif, terutama apabila pergerakan dalam video mungkin menampakkan bahagian betis walaupun aurat sebenarnya sudah ditutup.“Kita nak mengelakkan fitnah. Saya sejenis manusia yang lain daripada yang lain. Kalau saya buat konten dan berlari santai, sampai boleh nampak betis. Jika saya pakai stoking warna kulit, ia akan menimbulkan fitnah, dan penat saya hendak menjelaskan bahawa saya sebenarnya memakai stoking.“Jadi, bila saya pilih stoking putih, orang sudah tidak bertanya apa-apa lagi kerana semuanya sudah jelas,” jelasnya.ARTIKEL BERKAITAN: Tegas berpegang pada prinsip, Elly Mazlein tolak tawaran RM500,000… “Mereka tahu saya sudah bertudung”ARTIKEL BERKAITAN: “Ini memang syarat saya kepada hijab stylist” - Elly Mazlein selesa bertudung tutup dadaSelain berkongsi tentang soal aurat, video sama turut memaparkan sisi peribadi Elly apabila dia menceritakan sokongan yang diterima daripada suaminya sejak mula berhijab yang dianggap sebagai dorongan paling bermakna walaupun tanpa banyak kata.“Ustaz, tanpa kata-kata, kita mendapat kucupan yang hangat di dahi. Tidak cakap banyak, tahu-tahu dah kena cium di dahi. Beliau (suami) bagi sokongan yang sangat manis,” ujar Elly.Dalam video yang dimuat naik, Ustaz Mohd Azli turut mengajak orang ramai mengambil pengajaran daripada usaha Elly dalam menjaga aurat, sambil mengingatkan bahawa ketenangan hati akan hadir apabila seseorang menjaga batas yang ditetapkan.Elly bersyukur keputusan untuk berhijab mendapat sokongan penuh daripada suaminya. “Jom kita ambil pengajaran dari Kak Lina Pom Pom. Aurat terjaga, hati pun tenang,” katanya.Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada warganet yang menyokong usaha Elly serta mendoakan agar perjalanan penghijrahannya dipermudahkan.Sebelum ini, penampilan Elly berhijab ketika mengacarakan pentas akhir Kilauan Emas 2025 pada Oktober tahun lalu mencuri perhatian ramai.