SUDAH dua bulan tampil berhijab, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein menerima pujian ramai apabila sering memilih gaya tudung yang labuh dan menutup dada.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, berkata proses penghijrahannya dilakukan secara berperingkat namun dia sentiasa berusaha menjaga penampilan agar selari dengan tuntutan agama.
“Alhamdulillah, bila saya berhijab, saya nak ikut syariah ditetapkan walaupun tak semua, tapi mana yang saya mampu. Saya pun masih belajar dalam banyak perkara, jadi saya nak jaga sebaik mungkin.

Elly selesa bertudung labuh.
"Saya nak pakai dengan cara yang selesa. Keluar pun saya memakai tudung labuh. Kadang kata-kata itu menjadi semangat untuk membantu saya menjadi muslimah lebih baik," katanya kepada mStar.
Menurut Elly, sejak berhijab dia turut menetapkan syarat kepada setiap penata gaya agar memastikan tudung yang digayakan menutup bahagian dada seperti yang dimahukannya.
Jelasnya penampilan sebegitu bukanlah kolot, sebaliknya masih boleh bergaya tanpa mengetepikan nilai kesopanan.
ARTIEKL BERKAITAN: Elly Mazlein buat kejutan, tampil bertudung di pentas akhir Kilauan Emas 2025
ARTIEKL BERKAITAN: Keluarga pulang semula bola cabutan, Elly Mazlein hulur sumbangan peribadi... "Allah ganti hadiah, satu Malaysia kenal kejujuran mereka"
“Ini memang syarat saya setiap kali berurusan dengan hijab stylist. Saya memang akan beritahu yang saya nak tutup dada. Semua saya beritahu awal-awal supaya mereka faham pendirian saya.
“Saya pun memang selesa tudung bawal sebab mudah untuk saya bekerja. Tak ada isu pun tentang tudung labuh memberi halangan untuk tampil berfesyen sebab saya memang selesa begitu," luahnya.
Sementara itu, dia mengakui gaya kerjanya masih sama seperti sebelum mengenakan hijab, malah sentiasa menjaga batas.

Elly sentiasa menjaga batasnya.
"Dalam berkerja pun saya masih sama. Sebelum ini saya memang menjaga dengan tak menyentuh atau memeluk lelaki. Saya tak pernah buat perkara macam itu apatah lagi sekarang sudah berhijab.
"Saya akan buat perkara yang sama selagi tidak melampaui batas. Tugas pengacara memang kena meriahkan suasana dan tak mampu puaskan hati semua orang," luahnya.
Pada 4 Oktober lalu, Elly tampil bertudung di pentas akhir Kilauan Emas 2025 yang berlangsung di Royale Theatre Shah Alam, Selangor dan penampilannya itu diteruskan sehingga ke hari ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


