BAPA kepada Allahyarham Vidi Aldiano iaitu Harry Kiss mendedahkan beberapa rakan anaknya meneruskan amalan kebaikan dengan melakukan wakaf atas nama penyanyi berkenaan.Kompas melaporkan, salah seorang daripadanya ialah pelakon Shireen Sungkar yang mewakafkan pembinaan sebuah perigi di Gunung Kidul, Yogyakarta atas nama Vidi. Selain itu, rakan-rakan lain turut membina sebuah masjid di kawasan Bogor, Jawa Barat sebagai amal jariah yang dihadiahkan kepada penyanyi berkenaan.Vidi meninggal dunia akibat kanser ginjal.Menurut Harry, dia percayakebaikan yang dilakukan ini akan membuatkan anaknya lebih gembira di alam sana."Rakan-rakan Vidi seperti Shireen dan lain-lain tiba-tiba buat perigi, masjid yang diwakafkan atas nama Vidi."Tempoh hari, saya dimaklumkan ada di antara rakannya yang membina masjid di Bogor.ARTIKEL BERKAITAN:Vidi Aldiano meninggal duniaARTIKEL BERKAITAN:Setia di sisi hingga akhir hayat, ini wanita di hati Vidi Aldiano"Saya pasti kawan-kawannya mahu melakukan sesuatu untuk menggembirakan Vidi," katanya.Untuk rekod, Vidi menghembuskan nafas terakhir pada 7 Mac lalu akibat kanser buah pinggang.Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Umum Tanah Kusir, Jakarta Selatan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube