PEMERGIAN penyanyi Indonesia, Vidi Aldiano pada Sabtu lalu mengundang sebak peminat, lebih-lebih lagi melihat kesetiaan isterinya, Sheila Dara yang sentiasa berada di sisi suami sepanjang berjuang melawan kanser buah pinggang sejak tahun 2019.Vidi menghembuskan nafas terakhir pada usia 35 tahun selepas tujuh tahun bertarung dengan penyakit tersebut. Jenazah Allahyarham dikebumikan di TPU Tanah Kusir, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan pada pagi Ahad dalam suasana hiba serta dihadiri ahli keluarga, rakan artis dan kenalan rapat.Sheila mendampingi suami sepanjang tempoh rawatanTurut kelihatan mengiringi ke pusara ialah Sheila Dara yang berjalan dalam keadaan tertunduk sambil menutup wajah dengan pelitup muka.Kesetiaan Sheila menemani suami sepanjang tempoh rawatan termasuk berulang-alik ke luar negara turut mendapat perhatian ramai di media sosial.Sheila Dara Aisha Tanjung atau lebih dikenali sebagai Sheila Dara merupakan pelakon, penyanyi, model, pengacara dan usahawan terkenal di Indonesia.ARTIKEL BERKAITAN: Vidi Aldiano meninggal duniaARTIKEL BERKAITAN: Rakan pilih warna biru hadiri pengebumian, ramai terkesan kehilangan Vidi AldianoDia dilahirkan di Bandung pada 24 September 1992 dan merupakan anak kedua daripada pasangan Rasjwardi Tanjung dan Linda Melinda.Sheila mempunyai seorang adik lelaki bernama Faishal dan membesar dalam keluarga yang mempunyai latar belakang seni apabila ibunya pernah mengendalikan sanggar seni.Dalam satu podcast, Sheila pernah berkongsi dia sudah boleh membaca sejak usia dua tahun sebelum mula bersekolah rendah ketika berusia empat tahun.Vidi itu disahkan menghidap kanser buah pinggang pada penghujung tahun 2019.Dia menamatkan pengajian sekolah menengah pada usia 16 tahun sebelum melanjutkan pelajaran di Universitas Indonesia dalam jurusan Ilmu Komunikasi pada tahun 2009 dan berjaya menamatkan pengajian selepas empat tahun.Hubungan cinta Sheila dan Vidi pernah melalui fasa putus dan kembali bersama sebelum penyanyi itu disahkan menghidap kanser buah pinggang pada penghujung tahun 2019.Walaupun berdepan ujian berat, pasangan tersebut akhirnya mendirikan rumah tangga pada awal tahun 2022.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube