PEMERGIAN penyanyi Vidi Aldiano yang meninggal dunia pada Sabtu meninggalkan kesan cukup mendalam buat rakan artis di Indonesia. Bukan sekadar ucapan takziah dan kenangan di media sosial, malah ramai juga yang turut sama hadir di upacara pengebumian Allahyarham pada Ahad. Sebagai tanda penghormatan terakhir, rakan-rakan terdekat kepada Vidi sepakat mengenakan pakaian berwarna biru ketika hadir di Tanah Perkuburan Umum, Tanah Kusir, Jakarta Selatan. Vidi meninggal dunia akibat sakit kanser buah pinggang. Salah seorang sahabatnya iaitu Ranggaz Laksmana memberitahu warna biru merupakan kesukaan Allahyarham dan ia memberi makna tersendiri sepanjang hidupnya. "Hari ini semua orang yang sayang kamu pakai baju biru. Kamu pernah cakap warna ini memiliki nasib yang baik. Hari ini kami hadir dan berkumpul pada majlis pengebumian kamu," ujarnya. Ranggaz yang juga merupakan seorang usahawan sempat merakamkan gambar bersama rakan-rakan lain di upacara tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Vidi Aldiano meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Vidi Aldiano takut ada anak, bimbang penyakit kanser diwarisiMalah dia turut berkongsi kenangan dan menyifatkan Vidi sebagai seorang sahabat yang baik dan sangat disenangi ramai. "Bertuahnya kami semua dapat kenal orang seperti kamu. Bertuah kerana diberi kesempatan disayangi kami," luahnya. Vidi Aldiano menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.33 petang Sabtu di kediamannya di Jakarta, Indonesia pada usia 36 tahun. Allahyarham meninggal dunia selepas lebih tujuh tahun bertarung dengan penyakit kanser buah pinggang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube