ANGGOTA kumpulan Blackpink, Jisoo menerima kritikan hebat peminat K-drama menerusi karya lakonan terbaharunya berjudul Boyfriend On Demand. Menurut laporan Koreaboo, wartawan diberi akses untuk menonton empat episod pertama sebelum tayangan rasmi. Namun dalam satu artikel terbitan iMBC, mereka menyuarakan kebimbangan tentang lakonan Jisoo yang dianggap masih lemah.Lakonan Jisoo menerusi drama Boyfriend On Demand menerima kritikan ramai.Walaupun sudah enam tahun bergelar pelakon, kemahirannya dilihat tidak banyak berubah, terutamanya dalam penyampaian dialog.Malah rata-rata netizen juga memberikan komen yang agak keras terhadap kualiti lakonan Jisoo.Netizen mempersoalkan bagaimana Jisoo masih belum menunjukkan peningkatan dalam lakonan dan mencadangkan agar dia berhenti berlakon.ARTIKEL BERKAITAN: Drama belum tayang tapi netizen dah kecam lakonan Jisoo Blackpink nampak ‘kayu’ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tak suka Jisoo Blackpink lebih fokus lakonan, minta jangan lupa nyanyian“Sudah 6 tahun berlakon? Dia (Jisoo) sudah memegang beberapa watak utama, tetapi lakonannya masih tidak memuaskan.“Serius, kenapa dia masih berlakon? Tolong berhenti saja berlakon.“Dia tidak seperti watak dalam drama itu, sebaliknya hanya kelihatan seperti Jisoo dari Blackpink,” tulis netizen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube