suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita usia 30-an lepaskan tembakan ke arah rumah Rihanna, ditahan polis ketika cuba larikan diri

Suspek melepaskan tembakan ke arah rumah Rihanna sebelum melarikan diri.

SEORANG wanita ditahan oleh pihak polis selepas didakwa melepaskan beberapa das tembakan ke arah rumah milik penyanyi Rihanna yang terletak di Beverly Hills, California, Amerika Syarikat. 

Menurut Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), pihaknya menerima laporan mengenai bunyi tembakan berhampiran kediaman penyanyi itu pada petang Ahad. 

Difahamkan salah satu tembakan dilaporkan menembusi dinding rumah penyanyi berkenaan. 

Rihanna dilaporkan dalam keadaan selamat. 

Susulan laporan yang diterima, suspek yang berusia 30-an telah ditahan selepas pihak polis mengesan kenderaan miliknya kira-kira 12 kilometer dari tempat kejadian dan satu senjata api turut dirampas. 

"Siasatan dijalankan oleh Bahagian Rompakan dan Pembunuhan, LAPD,' jelas wakil pihak berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami tampil pertahan Britney Spears selepas ditahan polis 

ARTIKEL BERKAITAN: Kekal jaga hubungan baik, Jessica Simpson masih sebumbung dengan bekas suami

Setakat ini tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan menurut sumber ketika kejadian Rihanna berada di dalam kediaman tersebut bersama pasangannya, penyanyi ASAP Rocky dan tiga orang anak mereka.

Sumber juga memaklumkan Rihanna kini dalam keadaan selamat. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain