PENYANYI dangdut, Elvy Sukaesih meluahkan hasrat untuk menimang cahaya mata meskipun usianya kini sudah mencecah 71 tahun.Menurut Elvy, keinginan itu timbul kerana dia sering berasa sunyi sejak kebelakangan ini walaupun sudah mempunyai enam orang anak. “Saya masih mahu mempunyai anak jika boleh,” katanya seperti dipetik daripada laporan Detik Hot.Elvy (kiri) bersama nak bongsunya Dhawiya.Namun hasrat tersebut tidak dipersetujui oleh anak bongsunya, Dhawiya Zaida yang secara berseloroh memberitahu dia tidak mahu mempunyai adik lagi.Dhawiya berkata, ibunya kebelakangan ini sering mengadu berasa sunyi apabila semua anak-anak sibuk dengan kehidupan sendiri.Malah kata Dhawiya, Elvy pernah bergurau dengan mengatakan mungkin dia akan mempunyai sehingga 12 orang anak sekiranya mengetahui dia akan berasa sunyi pada usia sekarang.ARTIKEL BERKAITAN: Rakan pilih warna biru hadiri pengebumian, ramai terkesan kehilangan Vidi AldianoARTIKEL BERKAITAN: Pelakon wanita didakwa jadi penyondol, foto bercuti tularTambah Dhawiya lagi, ketika kecil dia pernah meminta ibunya menambah anak, namun ketika itu Elvy menolak permintaannya."Ketika itu, ibu lebih fokus kepada cucu-cucunya. Saya mula cemburu kerana anak saudara saya juga lebih comel," luhanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube