PELAKON Lee Ja Eun secara terbuka berkongsi pengalaman hitam apabila pernah mengalami gangguan seksual ketika awal kemunculan dalam dunia seni. Menurut Ja Eun, 44, dia diperdaya oleh seorang pemilik sebuah syarikat pengurusan yang kononnya mahu membantu dalam menguruskan kerja lakonannya. Namun pertemuan pertama mereka berakhir dengan tragedi apabila lelaki berkenaan cuba untuk melakukan perkara tidak senonoh terhadapnya. Kejadian lampau membuatkan Ja Eun trauma. "Dia kata saya perlukan penaja, tetapi sebelum itu dia mahu sahkan terlebih dahulu."Dia tutup langsir dan menyuruh saya membuka pakaian. Dia juga cuba menanggalkan bajunya. Dia menyerang saya secara paksa. Saya terus lari selamatkan diri," ceritanya. ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun berlakon tapi masih 'kayu', netizen minta Jisoo Blackpink berhenti ARTIKEL BERKAITAN: Tertipu pujuk rayu suami orang, penyanyi wanita berdepan tindakan samanBerkongsi lanjut, Ja Eun juga pernah berdepan situasi lebih teruk apabila dia seolah-olah dikurung dalam bilik hotel oleh seorang lelaki yang juga memberi tawaran mahu membantunya dalam kerjaya. Lelaki berkenaan pada awalnya berjanji akan menyediakan tempat tinggal selain gaji bulanan kepada Ja Eun, namun semua itu tidak pernah ditunaikan. Pelakon itu akhirnya berjaya melarikan diri. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube