suria

Terlalu ghairah lakukan hubungan intim 8 malam berturut-turut, penyanyi lelaki hilang deria pendengaran

Giseong terpaksa akur dengan masalah pendengaran yang dialami.

PENYANYI Bae Giseong membuat pendedahan mengejutkan apabila memberitahu dia mengalami masalah pendengaran akibat melakukan hubungan intim secara kerap.

Ketika tampil dalam sebuah program televisyen, Giseong, 54, memberitahu dia mula merasakan perubahan pada pendengarannya selepas pulang bercuti bersama isterinya.

Bagaimanapun, masalah tersebut tidak hilang meskipun sudah beberapa minggu menerima rawatan.

Reaksi Giseong ketika mendengar penjelasan doktor. 

"Selepas percutian di Gyeongju, tiba-tiba bahagian telinga kanan saya tidak dapat mendengar. Saya didiagnosis mengalami kehilangan pendengaran secara tiba-tiba.

"Masalah ini berpunca selepas kami melakukan hubungan seks setiap malam selama lapan hari berturut-turut," katanya.

Menerusi program tersebut, turut dirakamkan pertemuan Giseong bersama seorang doktor bagi mendapatkan penjelasan lebih terperinci.

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Ja Eun dikurung dalam hotel, diperdaya janji manis lelaki 

ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun berlakon tapi masih 'kayu', netizen minta Jisoo Blackpink berhenti

Menurut doktor berkenaan, faktor usia juga antara penyebab masalah tersebut kerana Giseong tidak lagi mampu melakukan aktiviti seks secara kerap.

"Tenaganya sudah rendah, tetapi dia memaksa diri melebihi had. Ia seperti dia mempunyai tenaga bernilai 1 namun menggunakan sebanyak 10. Sekarang tubuhnya seperti berhutang.

"Dalam perubatan tradisional pula, telinga berkait secara langsung dengan tenaga batin seorang lelaki," jelas doktor berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain