PENYANYI Maia Estianty meluahkan rasa sebak selepas anjing kesayangan yang dipelihara selama 16 tahun pergi buat selama-lamanya.Maia berkata anjing yang diberi nama Eto itu bukan sekadar haiwan peliharaan, malah menjadi saksi perjalanan hidupnya sejak dahulu. Menurut Maia, Eto juga berperanan menjaga kawasan rumahnya dan beberapa kali menyelamatkan keluarganya daripada perkara tidak diingini.Maia kongsi foto anjing peliharaannya.“Ketika salah seorang anak saya berdepan musibah, Eto menyalak tanpa henti seolah-olah ingin memberitahu sesuatu kepada saya,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.Dalam perkongsian tersebut, Maia turut memuat naik foto dirinya memeluk anjing kesayangannya itu sebagai tanda kenangan terakhir.Tambah Maia, dia memelihara Eto sejak masih bujang dan anjing berkenaan sentiasa setia menemaninya.“Sejak saya masih single, Eto dihantar ke rumah saya ketika masih kecil. Sejak itu Eto menjadi penjaga paling setia di hadapan rumah,” luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Maia Estianty enggan duduk rumah bertingkat, lutut dah tak kuat di usia 50 tahunARTIKEL BERKAITAN: Teruja sambut cucu pertama, Maia Estianty sudah pilih nama panggilanBagaimanapun, hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan tindakannya memelihara anjing.Ini kerana Maia beragama Islam dan ada pihak berpendapat ia tidak sesuai dijadikan sebagai haiwan peliharaan.Tidak mahu terus menerima kritikan, Maia dilaporkan menutup ruangan komen pada hantaran berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube