PENYANYI Indonesia, Maia Estianty mengakui tahap kesihatan fizikalnya tidak lagi sekuat dahulu selepas mencecah usia 50 tahun.Maia yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada 27 Januari lalu berkata, dia mula mengalami masalah pada bahagian lutut dan sendi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. “Memang badan sudah beri isyarat, terutama lutut dan sendi. Usia pun sudah sampai ke tahap ini. Alhamdulillah, genap 50 tahun,” katanya.Maia akui kekuatan fizikalnya tidak sekuat dahulu.Menurut Maia, masalah tersebut pernah menjejaskan kelancarannya menunaikan ibadah umrah apabila terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.“Lima tahun lalu saya terpaksa guna kerusi roda semasa tunai umrah. Tawaf dan sa’i memerlukan banyak berjalan kaki dan ia sangat mencabar,” jelasnya.Keadaan itu membuatkan Maia lebih berhati-hati dalam memilih gaya hidup termasuk kediaman.ARTIKEL BERKAITAN: Teruja sambut cucu pertama, Maia Estianty sudah pilih nama panggilanARTIKEL BERKAITAN: Dianggap masih terbayang kisah silam, Maia Estianty doa rumah tangga Al Ghazali tidak diganggu orang ketigaKatanya, dia sengaja memilih rumah satu tingkat bagi mengelakkan pergerakan naik turun tangga yang boleh memburukkan keadaan lutut.“Saya memang elakkan rumah bertingkat sebab tak mahu lutut terlalu terbeban,” ujarnya.Dalam usaha menjaga kesihatan, Maia kini lebih disiplin mengamalkan gaya hidup sihat termasuk bersenam secara konsisten.Maia disiplin mengamalkan gaya hidup sihat.Dia memberi fokus kepada senaman yang menguatkan otot dan bahagian bawah badan seperti melakukan aktiviti berbasikal dan berjalan secara berkala.Selain itu, Maia turut menitikberatkan pengambilan makanan dan minuman yang membantu kesihatan sendi.Hasil perubahan gaya hidup tersebut, Maia bersyukur apabila tahap kesihatannya kini semakin baik dan tubuhnya berasa lebih kuat berbanding sebelum ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!