Brooklyn dimanipulasi, penulis buku The House of Beckham: Money, Sex and Power, David Beckham, Victoria Beckham, Brooklyn Beckham, Brooklyn putus hubungan keluarga
KEMELUT yang berlaku dalam keluarga David Beckham dikatakan berpunca disebabkan bekas pemain bola sepak itu dan isterinya, Victoria, sering bertindak memanipulasi pergerakan anak-anak.Perkara tersebut didedahkan oleh penulis buku 'The House of Beckham: Money, Sex and Power', Tom Bower, yang juga memberitahu bahawa anak sulung pasangan tersebut mengalami tekanan akibat ibu bapanya sendiri. Menurut Tom, dia senang melihat Brooklyn Beckham kini sudah bersama keluarga mentua selepas berkahwin dengan Nicola Peltz dan menjalani kehidupan seperti individu normal.Brooklyn kini sudah bahagia hidup bersama keluarga mentua.“Dia (Brooklyn) telah digunakan dan dimanipulasi, saya sangat simpati kepadanya. Itulah sebabnya saya rasa kasihan pada Brooklyn; akhirnya dia hilang sabar.“Sekarang dia hidup bersama keluarga normal. Saya rasa keluarga Peltz adalah baik; mereka rajin bekerja," katanya.Dalam pada itu, Tom secara terbuka meletakkan kesalahan kepada David dan isterinya kerana terlalu mementingkan 'jenama' keluarga selain memaksa anak-anak mengikut cara hidup mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Brooklyn Beckham nekad putuskan hubungan keluarga, enggan berdamai dengan ibu bapa... “Mereka sanggup berbohong demi jaga imej”ARTIKEL BERKAITAN: Konflik keluarga David Beckham semakin memuncak... Brooklyn bertegas, arah ibu bapa guna peguam untuk berhubungBaginya, Brooklyn menjadi mangsa keadaan sehingga dia nekad untuk memutuskan hubungan dengan ibu bapanya sendiri."Brooklyn seorang mangsa, lelaki muda berusia 26 tahun yang telah melalui pelbagai dugaan. Dia tidak melakukan kesalahan; ibu bapanya yang salah kerana telah menggunakan anak-anak mereka untuk membina jenama,” ujarnya.Untuk rekod, ketegangan antara Brooklyn dan isteri, Nicola Peltz, bersama keluarga Beckham dipercayai bermula sejak persiapan perkahwinan pasangan itu pada 2022.Kemelut dalam keluarga ini juga semakin menjadi perhatian apabila Brooklyn dilihat tidak ikut serta dalam beberapa acara, termasuk sambutan ulang tahun.Lebih mengeruhkan keadaan, Brooklyn meminta Victoria dan David Beckham tidak menghubunginya, melainkan melalui peguam sahaja.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!