PENYANYI rap Nicki Minaj menyatakan sokongannya terhadap Donald Trump apabila menggelarkan dirinya sebagai peminat nombor satu kepada presiden Amerika Syarikat itu.Menurut Minaj, 44, dia tidak menghiraukan segala kecaman yang dilontarkan terhadap idolanya itu, malah sokongannya terhadap pemimpin dari Parti Republikan itu semakin kuat. “Saya boleh katakan bahawa saya mungkin peminat nombor satu presiden dan perkara itu tidak akan berubah.Nicki memaklumkan perkara itu ketika Trump menjemputnya naik ke pentas. “Segala kebencian atau apa sahaja yang orang perkatakan langsung tidak memberi kesan kepada saya. Malah, ia mendorong saya untuk menyokong beliau dengan lebih kuat," katanya. Minaj memaklumkan perkara itu ketika Trump menjemputnya naik ke atas pentas pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Ibarat mahu balas dendam, Ray J bantu pihak berkuasa untuk hukum keluarga Kardashian... "Kes mereka lebih teruk daripada P Diddy"ARTIKEL BERKAITAN: Ray J dedah Kim Kardashian dan ibunya dalang penyebaran video seks mereka 15 tahun laluDalam masa sama, Minaj turut menegaskan dia tidak akan membiarkan penentang Trump terus membuli atau melancarkan kempen fitnah. Sokongan terbuka Minaj terhadap Trump mengundang reaksi ramai memandangkan dia sebelum ini lantang mengkritik dasar imigresen keras presiden tersebut, namun kini dilihat beralih arah dengan memuji kepimpinan beliau.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube