suria

Coli punya fasal, Sydney Sweeney bakal berdepan tindakan undang-undang

Sydney Sweeney bakal berdepan tindakan undang-undang sebab gantung coli.

PELAKON Sydney Sweeney bakal berdepan tindakan undang-undang selepas didakwa melakukan aksi tidak bertanggungjawab menggantung pakaian dalam di papan tanda ikonik Hollywood di Amerika Syarikat.

Difahamkan, pelakon berusia 28 tahun itu bersama pasukannya menyelinap masuk ke kawasan Hollywood Hills dengan membawa beg berisi pakaian dalam daripada jenama miliknya sendiri iaitu SYRN.

Menurut laporan mereka bertindak memanjat pagar setinggi kira-kira 2.4 meter sebelum mendaki bukit menuju ke papan tanda berkenaan yang berketinggian 13 meter.

Sydney Sweeney  didakwa melakukan aksi tidak bertanggungjawab menggantung pakaian dalam di papan tanda ikonik Hollywood

 

Dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram, kelihatan mereka menggantung beberapa helai coli pada mercu tanda tersebut sebelum bergambar dan menanggalkan semula pakaian dalam berkenaan

Bagaimanapun, sehingga kini masih terdapat beberapa helai coli yang tertinggal di kawasan bukit itu.

Walaupun didakwa sudah memperolehi kebenaran untuk menjalani penggambaran, tindakan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah popular dengan watak ‘Fei Mao’, Kent Cheng tamatkan larian 10km pada usia 74 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Demi Lovato makin langsing, netizen dakwa buat suntikan ozempic

Hollywood Chamber of Commerce yang memegang hak harta intelek papan tanda berkenaan menegaskan sebarang penggunaan atau akses ke mercu tanda itu memerlukan lesen atau kebenaran rasmi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Hollywood Chamber of Commerce, Steve Nissen berkata pihaknya tidak pernah memberikan sebarang kebenaran kepada produksi yang melibatkan pelakon berkenaan. 

“Kami tidak mengeluarkan sebarang lesen atau kelulusan, malah tiada sebarang permohonan dikemukakan kepada pihak kami,” katanya kepada ABC News.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain