suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua bulan kahwin, pelawak fail cerai terhadap suami

Boiyen failkan cerai terhadap suami pada 20 Januari lalu.

 

BARU dua bulan mendirikan rumah tangga, pelawak Boiyen secara rasmi memfailkan cerai terhadap suaminya, Rully Anggi Akbar.

Boiyen atau nama sebenarnya Yeni Rahmawati, 39, mengemukakan tuntutan cerai itu di Mahkamah Agama Tigaraksa, Tangerang, Jawa Barat, Indonesia.

Jurucakap Mahkamah Agama Tigaraksa, Moh. Sholahuddin mengesahkan permohonan cerai tersebut telah didaftarkan pada 20 Januari lalu.

Boiyen fail cerai selepas dua bulan berkahwin.

“Permohonan cerai didaftarkan atas nama YR (Yeni Rahmawati) terhadap RAK (Rully Anggi Akbar),” katanya.

Menurut Sholahuddin, prosiding pertama telah berlangsung pada Selasa namun pihak mahkamah tidak dapat mendedahkan butiran lanjut berkaitan kes berkenaan.

“Perkara itu di bawah bidang kuasa majlis hakim. Kami tidak boleh mengulas lanjut termasuk punca perceraian atau kehadiran pihak-pihak terlibat,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa jadi mangsa keganasan rumah tangga hingga fail cerai, Bunga Citra Lestari aktif muat naik perkongsian

ARTIKEL BERKAITAN: Christina Perri fail cerai, tuntut hak penjagaan anak

Menurut laporan media tempatan prosiding kes akan diteruskan dan sidang seterusnya dijadualkan berlangsung pada Selasa, 3 Februari depan.

Rumah tangga Boiyem sebelum ini menjadi sebutan ramai susulan isu melibatkan suaminya yang didakwa terlibat penipuan dana perniagaan miliknya. 

Untuk rekod, Boiyen dan Rully berkahwin pada 15 November tahun lalu.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain