suria

Teruja sambut cucu pertama, Maia Estianty sudah pilih nama panggilan

Maia (kanan) teruja bakal sambut cucu pertama.

SELEPAS anak sulungnya, Al Ghazali mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama, penyanyi Maia Estianty secara terbuka meluahkan keterujaannya mengenai panggilan yang ingin digunakan apabila menerima cucu kelak.

Menurut Maia, dia memilih panggilan Oda yang diinspirasikan daripada panggilan bunda, manakala suaminya, Irwan Mussry akan dipanggil sebagai Ody. 

"Oma Bunda (Oda) dan Opa Daddy (Ody) menunggu dengan sabar!!!" tulis Maia di ruangan komen Instagram milik Al Ghazali. 

Al Ghazali (kanan) berkongsi berita kehamilan isterinya di media sosial.

Komen tersebut mencuri perhatian warganet yang rata-rata terhibur dengan pilihan panggilan itu, malah menganggapnya unik dan berbeza daripada kebiasaan.

"Wah comel sangat panggilannya, lain daripada yang lain ya bunda.

"Comel panggilannya, Oda Ody," tulis netizen. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dianggap masih terbayang kisah silam, Maia Estianty doa rumah tangga Al Ghazali tidak diganggu orang ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Al Ghazali sewa rumah sendiri lepas kahwin, Ahmad Dhani beri ruang ‘buat’ anak

Sebelum ini, Al Ghazali berkongsi berita gembira apabila dia dan isteri, Alyssa Daguise sedang menanti kelahiran anak pertama. 

Menerusi satu perkongsian video, pasangan itu tampil mengenakan busana serba putih dan kelihatan perut Alyssa yang semakin membesar dipercayai menandakan usia kandungan mencecah empat hingga lima bulan.

Untuk rekod, Al Ghazali dan Alyssa selamat disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada 16 Jun lalu.

Al Ghazali menyerahkan mas kahwin berupa bar emas seberat 16.6 gram bersama wang tunai sekitar RM10,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain