SELEPAS kecoh namanya disebut menjalinkan hubungan intim dengan lelaki berstatus suami orang, penyanyi dan pempengaruh Indonesia, Inara Rusli tampil membuat permohonan maaf.
Bagaimanapun permohonan itu dibuat kepada pengurusnya, Karina Putri yang turut terpalit dalam kontroversi yang berlaku.
Kata Karina, permohonan maaf tersebut juga bukan bermaksud Inara mengakui perbuatannya menjadi perosak rumah tangga orang lain.

Pengurus Inara tampil menjelaskan situasi sebenar.
"Dia minta maaf kepada saya. Maaf itu kerana ada berita yang tersebar. Dia tidak mengiyakan atau menidakkan perkara tersebut.
"Jadi dia minta maaf kerana telah mengganggu urusan kerja," jelasnya.
Sebelum ini kecoh di media sosial selepas pempengaruh bernama Wardatina Mawa membuat laporan polis menuduh Inara menjalinkan hubungan sulit bersama suaminya, Insanul Fahmi.
ARTIKEL BERKAITAN: Dulu jadi mangsa curang, kini Inara Rusli didakwa perosak rumah tangga dan cuba melakukan zina
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dakwa Virgoun cari wanita lain penuhi fantasi seks, rupa paras bukan keutamaan
Mawa juga mendakwa dia ada bukti kukuh termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan suaminya melakukan perbuatan zina dengan Inara.
Menjelaskan hal tersebut, pihak pengurusan mengakui Inara dan Insanul merupakan kenalan dan hubungan mereka berlangsung secara profesional.
"Apa yang saya tahu mereka kenal atas urusan perniagaan," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


