suria

Isteri dakwa Virgoun cari wanita lain penuhi fantasi seks, rupa paras bukan keutamaan

Inara banyak membuat pendedahan sikap buruk suaminya.

KISAH kecurangan penyanyi Indonesia iaitu Virgoun terus menjadi bualan ramai apabila isterinya, Inara Rusli mendedahkan lebih banyak butiran sikap buruk suaminya itu.

Terbaharu, Inara atau Ina Idol Rusli mendakwa antara faktor Virgoun bersikap curang adalah disebabkan penyanyi itu mempunyai fantasi seks yang tidak boleh dipenuhi sebagai isteri.

"Kenapa ada orang yang tak bersyukur dengan apa yang dimiliki sehingga sanggup curang? Ia kerana dia tidak pernah berasa puas.

virgoun 333

Virgoun dikatakan punya fantasi seks tersendiri.

"Dia mencari kepuasan menerusi ilusi atau khayalan. Orang yang mempunyai fetish sebegini tidak memandang paras rupa pasangan. Asas yang penting adalah tiada sebarang ikatan dalam hubungan," katanya.

Sebelum ini, Inara mendedahkan terpaksa menurut kemahuan fantasi seks suaminya itu yang melakukan hubungan intim ketika sedang berpuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Cerai dan hilang hak penjagaan 3 anak, Virgoun ingkar surat perjanjian tak ulang perbuatan selingkuh

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan anti poligami, 2 tahun dimanipulasi Virgoun punca isteri dedah aib kepada umum

Penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla itu juga didakwa sanggup membayar sejumlah wang kepada wanita demi memuaskan nafsunya.

Inara juga mendedahkan Virgoun pernah menandatangani surat perjanjian untuk tidak mengulangi perbuatannya itu namun gagal menepati janji.

Untuk rekod, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain