suria

Harry Potter sudah bergelar bapa, mahu anak jadi pelakon sepertinya

Daniel dan kekasih kini sudah bergelar ibu dan bapa.

PELAKON Daniel Radcliffe kini bergelar seorang bapa selepas teman wanitanya iaitu Erin Darke selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka baru-baru ini.

Berita gembira tersebut turut disahkan syarikat pengurusan pelakon filem Harry Potter tersebut selepas Daily Mail menyiarkan gambar pasangan itu sedang menolak kereta bayi di New York, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun pihak pengurusan Daniel tidak mendedahkan butiran penuh kelahiran bayi tersebut termasuk jantina, nama dan tarikh lahirnya.

daniel1 - 1

Daniel dan Erin sudah menjalin hubungan selama 11 tahun.

Tahun lalu, Daniel, 33, menerusi temu bual bersama Newsweek memberitahu sekiranya dia mempunyai anak, dia mahu mereka mengikut jejak langkahnya membabitkan diri dalam bidang seni.

"Sekiranya saya mempunyai cahaya mata satu hari nanti, saya suka mereka berada di set penggambaran filem dan melihat bapa mereka bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Daniel Radcliffe bakal timang cahaya mata pertama, tak sabar bawa anak ke set penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN: Susah payah buang watak 'Potter', Danial Radcliffe tak berminat kembali sertai filem Harry Potter

"Impian saya adalah untuk melihat mereka berada di sana dengan niat agar mereka mahu menjadi pelakon yang berjaya," katanya.

Untuk rekod, Daniel dan Erin, 37, menjalinkan hubungan sejak sedekad lalu selepas bertemu di set penggambaran filem Kill Your Darlings pada 2012.

Ketika itu, Daniel berusia 23 tahun dan terpaut dengan Erin yang empat tahun lebih tua daripadanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain