suria

Pelakon asal Kanada maut selepas 12 kali jalani pembedahan plastik ubah wajah mirip Jimin BTS 

Obsesi Saint Von terhadap Jimin akhirnya makan diri.

OBSESI pelakon Kanada iaitu Saint Von Colucci terhadap Jimin memakan diri apabila dia maut ketika menjalani pembedahan plastik di sebuah hospital kecantikan di Seoul, Korea Selatan Ahad lalu bagi mendapatkan wajah mirip anggota kumpulan BTS berkenaan.

Saint Von dilaporkan sudah menjalani pembedahan kosmetik sebanyak 12 kali semata-mata untuk kelihatan mirip idolanya itu dan tidak bernasib baik apabila mengalami komplikasi ketika menjalani pembedahan.

Hindustan Times melaporkan Saint Von meninggal dunia ketika menjalani proses membuang implan pada bahagian rahangnya yang dimasukkan sekitar November tahun lalu.

Pada 2022 sahaja, Saint Von dilaporkan membelanjakan wang sebanyak AS$220,000 (RM980,000) untuk kesemua 12 sesi pembedahan di bahagian hidung, wajah, kening, mata dan bibir.

colucci1 - 1

Saint Von meninggal dunia kerana mengalami komplikasi selepas pembedahan.

Wakil agensi pelakon iaitu, Eric Blake menyifatkan kejadian menimpa aktor itu sebagai tragis dan menyayat hati.

Jelas Eric, Saint Von memilih untuk menjalani pembedahan kerana berasa rendah diri dengan penampilannya sebelum mengambil keputusan untuk memiliki raut wajah orang Asia.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan Jimin BTS turun 6 kilogram, tertekan siapkan lagu bersama Taeyang Big Bang

ARTIKEL BERKAITAN: BTS dan Blackpink terpilih selebriti Korea Selatan paling popular dunia

"Dia sangat tak yakin dengan penampilannya... garis rahang dan dagunya berbentuk segi. Oleh sebab itu dia mahu dagu berbentuk V yang dimiliki kebanyakan orang Asia.

"Keputusan melakukan pembedahan plastik adalah demi kariernya di Korea Selatan kerana dia sering mendapat diskriminasi tentang wajah baratnya," katanya.

Difahamkan, pelakon itu berpindah ke Korea Selatan sejak 2019 untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang muzik.

Saint Von mula menjalani penggambaran untuk drama Korea, Pretty Lies pada tahun lalu dan drama berkenaan akan disiarkan menerusi rangkaian penstriman utama Amerika Syarikat Oktober depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain