suria

Teruk dimalukan isteri, Virgoun mahu fail cerai

Virgoun mahu kes rumah tangga mereka dibicarakan di mahkamah.

KEMELUT rumah tangga Virgoun dan isterinya, Inara Rusli dijangka bakal berakhir dengan perpisahan apabila penyanyi itu dikatakan mahu menuntut cerai.

Perkara tersebut didedahkan oleh sahabat Virgoun iaitu Ustaz Derry Sulaiman yang memaklumkan kes rumah tangga mereka akan dibawa ke pihak pengadilan.

"Virgoun mahu perkara ini diuruskan oleh pejabat agama. Saya tidak pasti dari sudut hukum mereka sudah bercerai atau tidak. Namun boleh dikatakan kini mereka masih suami isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dakwa Virgoun cari wanita lain penuhi fantasi seks, rupa paras bukan keutamaan

"Saya masih berharap mereka akan berbaik. Kesian kepada anak-anak," jelasnya.

Tambahnya Virgoun juga masih belum pulang ke rumah selepas konflik perkahwinan mereka mula menjadi perhatian ramai.

Kata Derry, sebelum ini Inara membongkarkan sikap curang suaminya itu hanya dengan niat untuk memalukan wanita bernama Tenri Anisa yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Virgoun.

virgoun 111

Ramai yang mahukan hubungan Virgoun dan isteri kembali baik demi anak-anak.

"Apa yang saya tahu, di pihak Inara dia ingin mempertahankan rumah tangganya. Inara masih menunggu Virgoun pulang dan mereka kembali berbaik," ujar.

Inara sebelum ini mendedahkan sikap buruk suaminya termasuk berlaku curang dengan selain memiliki fantasi seks tersendiri.

Virgoun juga didakwa pernah meminta isterinya untuk melakukan hubungan intim ketika mereka berpuasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain