PENGACARA Deddy Corbuzier tidak berdiam diri apabila ada segelintir pihak cuba mengambil kesempatan atas berita kematian sahabatnya iaitu penyanyi Vidi Aldiano.Deddy dengan tegas memberitahu dia akan menjejaki mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengaut keuntungan dengan menyebarkan berita tidak benar tentang Allahyarham Vidi. "Jika ada peramal-peramal palsu yang berani berkata mereka sudah menjangkakan Vidi meninggal dunia hanya untuk menaikkan populariti, saya akan cari sampai ke liang kubur.Vidi dan Deddy sama-sama terlibat mengendalikan sebuah podcast. "Pegang kata-kata saya ini. Saya tidak bergurau. Anda tahu saya boleh melakukannya," ujar Deddy.Luahan tersebut dibuat selepas tular beberapa individu yang mendakwa kematian Vidi sudah diramal lebih awal.ARTIKEL BERKAITAN: Vidi Aldiano meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Setia di sisi hingga akhir hayat, ini wanita di hati Vidi AldianoMalah lebih teruk lagi, ramalan tersebut tersebar dan ada antara pengguna media sosial yang mula mempercayainya.Untuk rekod, Vidi menghembuskan nafas terakhir pada 7 Mac lalu akibat kanser buah pinggang.Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Umum Tanah Kusir, Jakarta Selatan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube