suria

179 mangsa fail saman terhadap pelakon wanita, diminta bayar ganti rugi RM1.8 juta

Olivia Nathania dan Nia Daniaty diminta bayar ganti rugi sebanyak RM1.8 juta.

PELAKON dan penyanyi veteran, Nia Daniaty dan anaknya Olivia Nathania membantah tuntutan bayaran ganti rugi berjumlah Rp8.1 billion (RM1.8 juta) dalam kes penipuan pengambilan penjawat awam (CPNS) palsu yang melibatkan dirinya.

Bantahan itu disuarakan menerusi prosiding mahkamah kali ketiga yang berlangsung di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan pada Rabu.

Kes berkenaan merupakan susulan saman sivil yang difailkan oleh 179 mangsa penipuan tersebut.

Seramai 179 mangsa sudah membuat laporan mengenai penipuan mereka. 

Peguam Olivia iaitu Wendo Batserin berkata, pihaknya keberatan dengan jumlah ganti rugi yang diputuskan kerana ia tidak selari dengan keputusan kes jenayah sebelum ini.

"Anak guam kami keberatan apabila diarahkan membayar Rp8.1 billion (RM1.8 juta) kerana dalam keputusan kes jenayah hanya sekitar Rp600 juta (RM140,000)," katanya. 

Dalam masa sama, Olivia turut memaklumkan dia kini sedang berusaha memulakan kehidupan baharu selepas selesai menjalani hukuman penjara selama tiga tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Maia Estianty sebak anjing kesayangan mati, tutup ruangan komen selepas dikritik netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja sambut cucu pertama, Maia Estianty sudah pilih nama panggilan

Namun katanya, reputasi yang terjejas akibat kes tersebut menyukarkan dirinya untuk mendapatkan pekerjaan.

Olivia juga memaklumkan hanya mampu membayar ganti rugi secara ansuran sekiranya sudah mempunyai kemampuan kewangan.

Sementara itu, peguamnya mendakwa Olivia ketika ini tidak memiliki sebarang aset untuk melunaskan bayaran tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain