KUMPULAN penyanyi lelaki K-Pop, DKB mendedahkan realiti pahit industri hiburan apabila mengakui masih belum memperoleh sebarang pendapatan walaupun sudah enam tahun aktif sebagai artis.Menurut anggota kumpulan berkenaan, mereka hanya diperuntukkan kira-kira 20,000 won (sekitar RM68) sehari untuk perbelanjaan makanan bagi menampung kehidupan sepanjang menjalani aktiviti seni. Salah seorang ahlinya Lee Chan berkata kerjaya sebagai penyanyi bukanlah pilihan yang sesuai untuk mana-mana individu yang mahu mencari wang dengan serius.Kumpulan ini dilancarkan pada 2020. "Bercakap tentang pendapatan adalah perkara sensitif, jadi saya perlu berhati-hati. Jika mahu menjana wang, jangan pilih pekerjaan ini."Jika dibandingkan dengan masa dan usaha yang dicurahkan, wang yang diterima sebenarnya sangat sedikit," katanya.Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah video di saluran YouTube Human Story yang memaparkan mereka berkongsi kesukaran sepanjang mengejar impian sebagai penyanyi.ARTIKEL BERKAITAN: 179 mangsa fail saman terhadap pelakon wanita, diminta bayar ganti rugi RM1.8 jutaARTIKEL BERKAITAN: Teruja sambut cucu pertama, Maia Estianty sudah pilih nama panggilanUntuk rekod, DKB dilancarkan pada tahun 2020 oleh syarikat hiburan Brave Entertainment dan sejak itu aktif melancarkan beberapa album serta mengadakan konsert jelajah.Bagaimanapun kumpulan tersebut mengakui masih belum mencapai tahap pulang modal kerana pelbagai kos promosi yang perlu ditanggung termasuk penginapan asrama, pakaian, makanan, rawatan salon serta kos penerbitan album.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube