PENYANYI dan pelakon Jennifer Lopez mendedahkan dia lebih bahagia dengan kehidupan solo selepas dua tahun berpisah dengan aktor Ben Affleck. Menurut Jennifer, 56, kehidupannya kini terasa lebih bebas dan tenang selepas melalui episod perceraian yang mendapat perhatian ramai. Menerusi sebuah temu bual bersama rancangan Nightline, Jennifer berkata dia mahu membina hubungan baik dengan diri sendiri. Ikatan perkahwinan Ben (kiri) dan Jennifer berakhir dengan perceraian."Saya berada dalam era bahagia. Buat kali pertama dalam hidup saya rasa benar-benar bebas dan berdikari. Perasaan itu sangat menarik," katanya. Dalam pada itu, Jennifer memberitahu perpisahan tersebut membuatkan dia menilai semula kehidupannya yang selama ini sering bergantung kepada hubungan cinta. "Saya sebenarnya tidak pernah benar-benar tahu bagaimana rasanya hidup sendiri sejak usia awal 20-an.ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Lopez cari pengganti Ben Affleck, mahu bakal suami bukan dalam kalangan selebritiARTIKEL BERKAITAN: "Selama ini saya sentiasa ada teman lelaki dalam hidup," ujarnya. Pada 21 Februari tahun lalu, Jennifer dan Ben secara rasmi bercerai selepas Mahkamah Tinggi di Los Angeles, Amerika Syarikat mengesahkan permohonan tersebut.Untuk rekod, Jennifer dan Ben mendirikan rumah tangga pada tahun 2022 selepas setahun kembali bercinta.Pasangan ini juga pernah menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun 2000 sebelum membatalkan perkahwinan pada tahun 2003.Ia perkahwinan keempat untuk Jennifer dan kedua buat Ben.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube