suria

Cinta Nadia Brian bukan kerana harta, Nedim Nazri lelaki penyayang dan penyabar

PELAKON Nadia Brian menepis dakwaan kononnya status dan duit menjadi punca dia menjalinkan hubungan cinta bersama usahawan Nedim Nazri.

Menjawab tuduhan tersebut, Nadia menegaskan dia sudah lama berdikari dan mampu menyara kehidupan sendiri serta keluarga tanpa bergantung kepada mana-mana lelaki.

“Itu tidak benar. Sebelum dengan Nedim lagipun, saya sara kehidupan saya sendiri dan keluarga. itu semua tuduhan tidak berasas. saya memang cari duit sendiri.

“Saya bukan jenis yang bermewah-mewahan. Saya kenal dia bukan sebab harta, keluarga pun merestui hubungan ini,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi