suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fattah Amin, Amira Othman nafi terbabit dalam video tular kasari pembantu rumah

Fattah dan Amira tegas dengan fitnah yang tersebar melibatkan mereka.

FIRMA guaman Arief & Iskandar Advocates & Solicitors yang mewakili pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman tampil mengeluarkan kenyataan rasmi yang menafikan dakwaan mengaitkan pasangan itu dengan sebuah video tular insiden keganasan terhadap seorang wanita.

Menurut firma guaman berkenaan, anak guam mereka bukan individu yang dipaparkan dalam klip video itu dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan insiden yang berlaku.

“Kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa anak guam kami bukan individu-individu di dalam klip video tersebut, tidak terlibat dengan insiden keganasan di klip tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Antara foto yang tular melibatkan Fattah dan Amira.

“Oleh yang demikian, anak guam kami dengan rendah hati menyeru agar warga internet di rantau ini menurunkan sebarang penerbitan yang berunsurkan maklumat palsu serta kenyataan fitnah ini dan seterusnya berhenti daripada terus menularkannya.

“Susulan pengeluaran kenyataan rasmi ini, anak guam kami mengambil pendirian tegas dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan menerbitkan, menyebarkan atau menularkan maklumat palsu dan kenyataan fitnah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, pihak peguam memaklumkan sejak dakwaan berunsur fitnah tersebut mula tersebar di media sosial, Fattah dan Amira telah menerima pelbagai kecaman, kritikan serta komen menghina daripada orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin tegur komen negatif ketika ‘live’, minta hormati usaha cari rezeki

ARTIKEL BERKAITAN: Bosan duduk rumah, Amira Othman tetap gigih kerja... Sempat minta tip sebelum bersalin

“Setakat hari ini, fitnah ini terus disebarkan dan ditularkan oleh warga internet secara meluas sehingga melibatkan pengguna-pengguna di negara jiran,” ujarnya.

Pada 13 Jun lalu, tular sebuah video memaparkan insiden keganasan fizikal oleh empat orang individu terhadap seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah.

Susulan penularan video tersebut, terdapat netizen tidak bertanggungjawab telah membuat perkongsian berbaur fitnah kepada Fattah dan Amira di media sosial yang mengaitkan pasangan itu dengan empat individu terbabit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain