MENGHITUNG hari untuk melahirkan cahaya mata sulungnya, penyanyi Amira Othman dilihat masih aktif bekerja dan terlibat dalam urusan promosi produk perniagaan miliknya.Kata Amira atau Nadia Amira Othman, 33, yang juga isteri kepada pelakon Fattah Amin, dia tetap memilih untuk mencari rezeki walaupun fizikalnya sudah mula berasa cepat penat dan mengah. "Mak buyung hujung-hujung ini walaupun sudah mengah, tetaplah sertai majlis dan buat siaran langsung.Amira lebih suka bekerja meskipun hamil."Kalau duduk rumah, lagi mak buyung bosan sebab tidak kerja," katanya dalam satu hantaran di Threads miliknya pada Ahad.Dalam pada itu, Amira turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sokongan luar biasa yang diberikan oleh orang ramai terhadap produk kosmetik terbaharunya.Malah, dia juga sempat mengambil kesempatan untuk meminta pandangan serta nasihat daripada para pengikutnya, terutamanya golongan ibu, tentang tip untuk mempermudahkan proses melahirkan anak kelak.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amira Othman umum hamil, bakal timang anak pertama Jun depanARTIKEL BERKAITAN: Faktor kesihatan, Umairah ganti Amira Othman di pentas Separuh Akhir AJL40… “Dia tak cukup fit”"Terima kasih semua yang sudi memberi sokongan kepada produk baharu emierabyamira, iaitu maskara dan eyeliner."Apa-apa pun, ibu-ibu di luar sana kongsilah tip untuk saya yang sudah berada di penghujung kehamilan ini supaya segala urusan dipermudahkan," tambahnya.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan peminat tidak putus-putus mendoakan agar segala urusan kehamilan Amira dipermudahkan serta diberikan kesihatan yang baik buat dirinya dan bayi yang bakal lahir.Amira dan Fattah sah berkahwin pada September lalu. Pada 30 April lalu, Amira mengumumkan bahawa dia sedang hamil anak pertama dengan usia kandungan mencecah 30 minggu.Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu di Sepang, Selangor.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!