suria

Faktor kesihatan, Umairah ganti Amira Othman di pentas Separuh Akhir AJL40… “Dia tak cukup fit”

Umairah menggantikan Amira Othman.

KETIADAAN penyanyi Amira Othman di pentas separuh akhir Muzik-Muzik ke-40 (SFMM40) menimbulkan tanda tanya peminat.

Menjawab mengenai perkara itu, penyanyi Irfan Haris memaklumkan kakaknya tidak dapat membuat persembahan di atas faktor kesihatan sehingga mereka terpaksa membuat keputusan sukar pada saat akhir.

Irfan bagaimanapun berkata persembahan tetap diteruskan kerana enggan melepaskan peluang yang telah lama dinantikan.

Irfan berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Kakak saya tak dapat buat persembahan atas sebab kesihatan. Dia tak cukup fit. 

“Saya tidak mahu memaksa kerana kesihatan menjadi keutamaan. 

“Saya tak mahu tarik diri sebab sayanglah. 10 tahun saya tidak pernah lolos ke pentas separuh akhir. Jadi saya mahu teruskan,” katanya kepada mStar. 

Irfan berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media SFMM40 yang diadakan di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam pada malam Jumaat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kesilapan teknikal punca ‘Hamba Cinta’ gagal mara ke SFMM40, Syamel terkilan hampakan harapan peminat

ARTIKEL BERKAITAN: ‘P Ramlee Saloma’ gagal mara ke SFMM40, Daniel Sher respons hargai sokongan peminat Alpha

Dalam pada itu, Irfan memberitahu mereka telah mempertimbangkan beberapa nama lain bagi menggantikan Amira, namun kekangan jadual menjadi halangan utama.

Menurut Irfan, keputusan memilih Umairah dibuat atas cadangan Amira sendiri yang dilihat sesuai untuk membawakan lagu Rasa & Takdir.

“Sebenarnya ada beberapa nama yang kami fikirkan tetapi semua tak free. 

“Saya rasa ini semua Allah sudah takdirkan. Tiba-tiba kakak (Amira) saya cadangkan nama Umai. 

Lagu Rasa & Takdir dilancarkan pada September tahun lalu. 

“Saya terus setuju dan kami pun baru praktis semalam (Khamis). Saya percaya Umai boleh bawa lagu ini dengan baik,” ujarnya. 

Hari pertama saingan SFMM40 turut menyaksikan persembahan daripada Hijab Rindu nyanyian Black, Pernah Punya Aku (Shila Amzah), Tangisan Seorang Pendosa (Marsha), Tiwikarma (K.O.I), Puaskah (Ameerais & Mariam Sam) dan Semacam Pandora (Hazama). 

Turut bersaing adalah lagu Hilangmu Tak Terganti (Tajul & Afieq Shazwan), Kamu (Aina Abdul), Ke Mana Ni (Luca Sickta, Kmy Kmo & Salam Musik) dan Khai Bahar (Kerana Ego), F (Floor 88).

Barisan juri SFMM40 diketuai oleh Datuk Acis, Efry Arwis, AD Samad, Siti Hajar dan LY. 

SFMM40 bersiaran secara langsung selama dua hari berturut-turut bermula 17 April dan 18 April di TV3 dan Tonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain