suria

Anak Shuib ditahan di wad, alami jaundis dan kencing kotor

Shuib (kanan) mahu memberi rawatan terbaik buat Akira.

PELAWAK dan usahawan, Shuib berkongsi perkembangan terkini anak bongsunya iaitu Akira Juwita Zahra yang ditahan di sebuah pusat perubatan bagi pemantauan lanjut selepas mengalami masalah kesihatan.

Meskipun keadaan bayi itu tidak membimbangkan, namun Shuib atau Shahmira Muhammad, 42, memaklumkan doktor terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga kerana masih terdapat sedikit tanda jaundis dan kencing kotor. 

"Betul Akira kena tahan di hospital tetapi tak ada apa pun. Cuma kuning (jaundis) dia masih ada sikit dan perlu diberi antibiotik. 

Watie tidak dapat menahan kesedihan terpaksa berjauhan dengan anak.

Watie tidak dapat menahan kesedihan terpaksa berjauhan dengan anak.

"Lepas tu kencing kotor sikit tapi doktor cakap ia hanya perkara normal," katanya ketika dihubungi mStar. 

Dalam pada itu, Shuib berkata isterinya Watie Hanifiah bimbang dan susah hati kerana perlu berjauhan seketika dengan Akira.

"Insya-Allah tak ada apa cuma mummy (panggilan Watie) terlalu risau sebab kena berpisah sekejap dengan Akira. 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuib selamat bersalin bayi perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib kongsi nama anak kelima, ini sebab Watie pilih Akira Juwita Zahra

"Saya cakap tak mengapalah beri doktor pantau Akira di dalam wad dan boleh duduk bawah lampu biru (untuk jaundis)," ujarnya. 

Sebelum itu, Shuib menerusi media sosial berkongsi video isterinya menangis kerana terpaksa meninggalkan anak mereka yang ditahan di wad. 

Kata Shuib, Akira dimasukkan ke hospital sebagai langkah pemantauan bagi memastikan tahap kesihatannya semakin baik.

Pada 6 April, Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah, 38, selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara, Selangor pada pukul 3.47 petang. 

Shuib (kanan) dan Watie teruja menyambut kelahiran Akira.

Shuib (kanan) dan Watie teruja menyambut kelahiran Akira.

Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada Jun 2023.

Sebelum itu, Shuib pernah bernikah dengan penyanyi Siti Sarah Raisuddin namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 14, Dzakira Talita Zahra, 12, Ariq Mati, 9, dan Ayash Affan, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain