BERSAHABAT baik dengan Que Haidar, pelakon Kodi Rasheed memberitahu dia selalu menghubungi aktor senior itu bagi bertanya khabar dan berkongsi perkembangan terkini.Kata Kodi atau Muhammad Shazmeer Mohd Rasheed, 36, hubungan rapat sebagai guru dan anak murid itu membuatkan mereka masih berhubung seperti biasa. "Saya ada berhubung dengan dia sebab dia cikgu saya kan? Mestilah saya ada bertanya khabar okay ke tidak."Saya juga ada pelawa dia untuk tengok filem terbaharu saya iaitu Libang Libu serta bertanyakan mengenai promo filem Malaikat Malam. Itu saja.Kodi enggan mencampuri urusan rumah tangga orang lain."Saya wajib telefon dia dalam seminggu mungkin dua atau tiga kali. Dia okay Alhamdulillah. Saya pun tak nak masuk campur sebab dua-dua adalah guru saya," katanya kepada mStar.Kodi berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Libang Libu yang diadakan di GSC Cinemas Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Khamis. Dalam pada itu, Kodi mengakui berasa sedih dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi ramai peminat menyayangi Que.Dia bagaimanapun tidak bertanya lebih lanjut kerana tidak mahu dilihat mencampuri urusan rumah tangga pasangan itu. ARTIKEL BERKAITAN: Linda Jasmine dedah punca cerai dengan Que Haidar - “Lindungi anak daripada kejahatan”ARTIKEL BERKAITAN: [V] Perkahwinan 15 tahun sudah berakhir, Que Haidar dan Linda Jasmine sah bercerai 2 Julai lalu "Ramai yang sayangkan dia, baguslah. Cuma bila jadi macam ni sedih. Malah, sewaktu mereka bercerai pun sedih sebenarnya kerana mereka merupakan sweet couple."Tapi untuk kita nak tanya lebih-lebih itu macam sibuk hal orang pula. Jadi saya hanya boleh beri sokongan dan insyaAllah ada perkara baik akan datang. Mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku," ujarnya. Sementara itu, Kodi turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau mencetuskan provokasi terhadap pasangan tersebut. Saya hanya boleh beri sokongan dan insyaAllah ada perkara baik akan datang.KODI RASHEEDPELAKON"Apa yang saya boleh katakan untuk orang luar ataupun orang sekeliling mereka (Que dan Linda), tak perlu masuk campur. "Biar mereka yang selesaikan. Tak perlu ada sindiran ataupun hasutan sebab kita tak tahu pun hal suami isteri kan? InsyaAllah akan ada benda baik buat mereka," katanya. Sebelum ini, bekas isteri Que iaitu Linda Jasmine seolah memberi bayangan mengenai punca sebenar perpisahan iaitu mahu melindungi dua anaknya daripada perkara yang tidak baik. Bagaimanapun Linda tidak berkongsi secara terperinci mengenai perkara berkenaan. Komen yang ditinggalkan Linda (kanan) di TikTok mengundang perhatian ramai.Untuk rekod, Que dan Linda mendirikan rumah tangga pada 2009 dan sah bercerai pada Julai 2024. Pasangan ini mempunyai dua orang cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13 tahun. Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan, 24, hasil perkahwinan terdahulu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!