suria

Sheila Rusly rasa tak selamat, rupanya berjiran dengan perompak

Shiela Rusly tidak sangka kawasan perumahannya ada penjenayah.

TIDAK menyangka kawasan kediaman yang dianggap selamat rupa-rupanya turut dihuni oleh penjenayah.

Itulah yang dikongsi oleh penerbit dan pelakon Shiela Rusly apabila mengetahui jiran yang menyewa di hadapan rumahnya terlibat dengan aktiviti rompakan.

"Kejadian malam tadi. 12 tahun duduk di kawasan perumahan berpengawal (gated dan guarded), baru tahu depan rumah yang kawasan kau rasa paling selamat rupanya perompak sewa," katanya.

Hantaran Sheila di Threadsnya. 

Sheila berkongsi mengenai situasi itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads pada pagi Jumaat.

Menganggap insiden tersebut sebagai sesuatu yang menakutkan, Sheila mengakui perkara itu menjadikannya lebih waspada terhadap keadaan sekeliling.

Hantaran berkenaan turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya bimbang akan keselamatan selebriti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sheila Rusly turun rewang kenduri keluarga besan, netizen puji sikap rendah diri

ARTIKEL BERKAITAN: Elisya Sandha sifatkan Sheila Rusly ibu mentua sempurna, berjurai air mata dianggap macam anak sendiri… “Dia tak pernah buat saya rasa macam orang luar”

Menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya mengenai status penjenayah itu, Sheila memaklumkan individu berkenaan sudah pun berjaya ditahan.

"Dah (tangkap), tapi saya tetap rasa tidak selamat," balasnya ringkas.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menasihati Sheila agar lebih berwaspada dan meningkatkan sistem keselamatan di kediamannya meskipun kawasan tersebut mempunyai pengawal keselamatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain