suria

[V] Tak kongsi gambar bersama isteri, Fikry Ibrahim terkejut muncul lagi khabar angin rumah tangga bergolak

NAMPAKNYA persoalan mengenai rumah tangga pelakon Fikry Ibrahim dan isteri, Siti Khalizah Alihan terus menjadi pertanyaan peminat.

Tampil menjawab mengenai dakwaan itu, Fikry atau Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 32, berkata spekulasi tersebut mungkin timbul kerana mereka jarang berkongsi gambar bersama di platform media sosial. 

Ia sekali gus mengundang salah tafsir dalam kalangan netizen.

“Itu semua hanya spekulasi (rumah tangga retak). Semuanya kerana kami tidak berkongsi gambar bersama. 

Fikry enggan mengambil pusing tentang spekulasi netizen berhubung rumah tangganya.

“Kalau anda semua boleh lihat, kali terakhir saya berkongsi foto dengan ibu. Adakah kerana itu menunjukkan saya bergaduh dengan ibu saya? Tidak juga. 

“Saya dan isteri merasakan lebih baik untuk tidak berkongsi gambar bersama. Saya agak terkejut bila ada lagi khabar angin (kisah rumah tangga) ini. Disebabkan itu saya ketawa saja,” katanya kepada mStar. 

Fikry berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Libang Libu yang diadakan di GSC Cinemas Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Khamis. 

Dalam pada itu, Fikry berkata dia dan isteri mengambil keputusan untuk tidak terlalu berkongsi tentang kehidupan peribadi demi menjaga privasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam sahkan isteri Fikry Ibrahim tarik permohonan cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Fikry Ibrahim fail cerai sebab tiada persefahaman, masih buka pintu damai

“Sebelum kahwin saya tak pernah berdepan isu seperti ini (kontroversi). 

“Selepas kahwin saya masih mengekalkan prinsip sama. Saya tidak suka berkongsi kisah privasi. 

“Kalau lihat di media sosial, saya hanya berkongsi tentang ibu. Adik-beradik lain atau arwah bapa pun saya jarang berkongsi,” ujarnya. 

Mengulas mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini yang turut menjadi perhatian ramai, Fikry menjelaskan bahawa dia dan isteri menyambutnya secara berasingan atas komitmen keluarga.

Saya dan isteri merasakan lebih baik untuk tidak berkongsi gambar bersama.

FIKRY IBRAHIM

PELAKON

“Isteri beraya di Sarawak. Tahun ini giliran isteri cuma saya kena jaga ibu. Pakcik saya pun tak sihat. 

“Jadi saya mengizinkan isteri untuk balik ke Sarawak beraya bersama keluarga. 

“Sebelum raya kami beli baju raya sekali jadi tak timbul isu masalah rumah tangga ini,” katanya. 

Pada Mei tahun lalu, Khalizah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Fikry (kiri) dan isteri memilih kehidupan lebih privasi.

Bagaimanapun, pada Jun tahun sama, peguam kepada isteri Fikry, Wan Muhammad Afiq Mohd Razif memaklumkan anak guamnya menarik semula permohonan cerai yang difailkan. 

Untuk rekod, Fikry dan Khalizah berkahwin pada 12 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.

Pasangan ini mengambil pendekatan menjaga privasi sejak awal perhubungan.

Perkahwinan mereka hanya diketahui umum selepas Fikry memuat naik gambar pernikahan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain