PELAKON Azar Azmi menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk menyelesaikan isu tuntutan hutang melibatkan dirinya dengan personaliti media sosial, Abiejam.Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi,37, menjelaskan keputusan itu dibuat bagi memastikan kemelut yang berlaku dapat diselesaikan secara professional. "Untuk isu itu, saya tidak mahu cerita apa-apa tentang itu. Biarlah pihak team saya untuk uruskan isu itu sebab saya rasa benda ini boleh membawa kepada ke arah positif dan negatif.Azar berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Jadi, biar team saya ini jumpa dengan orang yang sepatutnya dahulu," katanya kepada mStar.Ketika ditanya sama ada dia mengenali individu yang membuat pendedahan tersebut, Azar secara ringkas mengakui perkara berkenaan."Saya memang kenal dia," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Mereka masih ada ibu” - Azar Azmi tak jaga tujuh anak tiri, kahwin selepas suami bercerai dengan bekas isteriARTIKEL BERKAITAN: Azar Azmi tak bercinta macam pasangan lain, suami datang jumpa terus ajak kahwinDalam pada itu, Azar berkata dia sememangnya berhasrat untuk melunaskan sebarang tunggakan hutang yang dikaitkan dengan namanya."Macam saya cakap, kalau ada apa-apa hutang, memang saya nak langsaikan waima apa sekalipun. Walaupun ia mengambil masa yang panjang untuk selesaikan, saya tetap akan selesaikan."Saya nak selesaikan sebelum saya tutup mata. Saya tidak mahu tinggalkan apa-apa lagi hutang walau satu sen. Walaupun benda itu bukan saya buat kerana saya tidak mahu ada rasa hati yang tidak seronok sebab ada orang yang tidak berpuas hati," jelasnya lagi.Abiejam dakwa Azar berhutang dengannya pada enam tahun lalu. Sebelum ini, Abiejam yang juga abang kepada Siti Jamumall mendedahkan Azar masih lagi belum melunaskan hutangnya berjumlah RM15,000 sejak enam tahun lalu. Kata Abiejam, wang tersebut diberikan sebagai bantuan untuk Azar memulakan perniagaan termasuk menyediakan barangan dan sokongan siaran langsung di media sosial.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!