PELAKON Yusuf Bahrin memilih untuk tidak melayan segala spekulasi yang mendakwa kewujudan pihak ketiga menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan bekas isteri yang juga penyanyi Zizi Kirana.Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin, 34, berkata, dia lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri kerana menganggap tindakan memberi reaksi hanya akan memburukkan lagi keadaan. "Benda ini balik kepada apa orang nak cakap, kita tak boleh nak halang. Apa orang nak tuduh pun kita tak boleh nak halang. Kita nak tegakkan benda yang betul pun kadang-kadang orang tetap tak percaya. Walaupun kita sendiri yang tahu apa yang jadi. Yusuf berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Jadi, benda ini tidak perlu layanlah. Kita doakan yang baik-baik untuk mereka yang terus bercakap ini. Kita tak benci orang itu, kita benci perbuatan yang dia buat. "Bercakap tanpa selidik, tanpa tahu benda yang betul, bila menuduh, buat fitnah, itu dosa!” katanya kepada mStar ketika ditemui semasa sesi fotografi drama terbarunya Anom Suraya di Media Prima, Bangsar pada Khamis. Menyentuh mengenai budaya mengecam di media sosial, Yusuf mengingatkan orang ramai agar supaya tidak selalu mengambil peduli mengenai orang lain. ARTIKEL BERKAITAN: Yusuf Bahrin, Zizi Kirana sah cerai talak satuARTIKEL BERKAITAN: [V] Alya Iman buka mulut jawab tuduhan punca perceraian pasangan selebriti, awal-awal letak batas dengan rakan artis sudah beristeri"Moga Allah lindung kita daripada segala fitnah, tutup aib kita semua. Selama kita hidup ini, kalau Allah saja nak buka aib kita, seorang pun takkan kawan dengan kita. Tapi Allah Maha Baik, Allah tutup aib kita."Jadi masing-masing kena beringatlah, jangan buat macam kita ini tak ada aib langsung, tak ada dosa langsung. Jangan suka bercakap pasal orang," ujarnya. Ditanya mengenai hubungannya dengan bekas isteri, Yusuf enggan mengulas panjang dan mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tuntutan kerja.Yusuf dan Zizi sah cerai pada 2 April lalu. "Fokuslah! Fokus dengan kerjaya. Saya tetap akan cakap saya sedang fokus dengan kerjaya. Saya tak nak ada apa-apa gangguan. Saya nak fokus apa yang saya tengah buat sekarang," tambahnya. Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan sah bercerai pada 2 April lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!