suria

‘P Ramlee Saloma’ gagal mara ke SFMM40, Daniel Sher respons hargai sokongan peminat Alpha

Lagu P Ramlee Saloma nyanyian Alpha gagal ke SFMM40.

KEKECEWAAN jelas terpancar dalam kalangan peminat kumpulan Alpha apabila lagu P Ramlee Saloma gagal mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik ke-40 (SFMM40).

Menerusi beberapa hantaran di Threads, rata-rata peminat meluahkan rasa tidak puas hati, malah mempersoalkan ketelusan dan kriteria penilaian juri.

"Lagu P Ramlee Saloma telah 'dirompak'. Sejujurnya lagu ini memang sangat layak untuk AJL tapi saya tak faham macam mana penilaian juri sebab lagu ini menerima banyak pencapaian dan mendominasi carta tempatan. 

Peminat kecewa Alpha tidak berjaya mara ke SFMM40.

"Malah, lagu ini turut tercalon dalam anugerah muzik di Jepun dan berjaya masuk top 3 Billboard Malaysia. 

"Macam mana lagu ini tak berjaya mara? Tolong bagi penjelasan yang masuk akal," tulis netizen. 

Dalam pada itu, anggota kumpulan Alpha iaitu Daniel Sher tampil memberikan reaksi lebih tenang dan profesional terhadap keputusan tersebut. 

ARTIKEL BERKAITAN: Alpha nasihat peminat jangan berbalah, ramai teruja tunjuk sokongan sampai timbul salah faham

ARTIKEL BERKAITAN: Alpha terima sambutan luar biasa, terkejut jiran sendiri jadi peminat

Menurutnya, walaupun mereka sedikit kecewa namun beliau tetap menghargai sokongan padu yang diberikan oleh peminat.

"Walaupun tak dapat masuk AJL tahun ini, sentiasa ada peluang lain pada masa akan datang. 

"Saya pasti akan ada peluang lain nanti. Kepada Alphanites (kelab peminat) saya ingin ucapkan terima kasih kerana mengundi. 

"Kami tidak akan berada di tahap ini tanpa anda (peminat) semua. Berada di top 30 juga merupakan satu pencapaian terbaik bagi kami," ujarnya. 

Alpha sentiasa menghargai sokongan peminat. 

Untuk rekod, P Ramlee Saloma telah dicalonkan dalam program Muzik Muzik ke-40 (MM40) pada 9 November tahun lalu.

Lagu ciptaan Justin Seow dan Mohsein Kush itu berjaya mara ke kelompok 30 terbaik SFMM40, namun tidak tersenarai sebagai 20 lagu akhir.

SFMM40 bakal bersiaran pada 17 dan 18 April ini di TV3, pada pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain