suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Jangan nak mula” - Anak Aman Graseka balas kenyataan ibu tiri, tak suka bapa dikerah bekerja

Dayani luah rasa tidak puas hati apabila bapanya dipaksa bekerja.

HUBUNGAN antara anak kepada penyanyi Mas Idayu iaitu Nur Dayini Ashiqah dengan ibu tirinya, Reena Arina, dilihat semakin tegang apabila dia secara terbuka membuat kenyataan di media sosial.

Ia susulan Dayini, 28, membuat satu hantaran berbaur amarah yang dipercayai sebagai respons terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh isteri kepada pelakon Aman Graseka.

Meskipun tidak memetik mana-mana nama secara khusus, perkongsian berkenaan jelas menunjukkan rasa tidak puas hati Dayini apabila Aman didakwa dipaksa bekerja oleh isterinya itu.

Dayini mohon supaya Reena mempunyai rasa simpati terhadap bapanya. 

"Tak habis lagi perempuan ini. Aku cakap jangan kerah bapa aku bekerja.

"Kau ini dari dulu bodoh, tak pernah bijak. Bila masa aku cakap kau dera bapa aku? Kau jangan nak bagi aku mula.

"Kau membuka pekung sendiri dengan buat siaran langsung. Kau yang beritahu orang, bukannya aku. Makin tua makin benak," tulisnya di Threads pada malam Sabtu.

Dalam hantaran yang sama, Dayini turut menegaskan bahawa dia sama sekali tidak berniat untuk meraih perhatian atau publisiti murahan daripada konflik keluarga yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Paksa suami sakit kerja, isteri Aman Graseka jelaskan situasi sebenar... “Dia cuma teman saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama tak jumpa bapa, anak Mas Idayu dapat maklumat Aman Graseka tidak sihat

"Aku tidak cari publisiti. Jadi kau pun jangan nak tumpang sekaki.

"Tidak semua orang dalam siaran langsung kau pertahankan kau. Semua nak tengok kebodohan kau sahaja," ujarnya.

Sebelum ini, Dayini mendedahkan dia sudah bertahun-tahun tidak bertemu dengan bapanya itu.

Meskipun tidak lagi berhubung rapat, Dayini berkata dia masih mengikuti perkembangan semasa bapanya menerusi maklumat yang disampaikan oleh individu lain.

Dayini merupakan anak kepada Mas Idayu dan Aman. 

Dalam pada itu, Dayini turut meluahkan kebimbangan terhadap tahap kesihatan bapanya yang didakwa masih bekerja walaupun berada dalam keadaan kurang sihat.

Reena kemudian memuat naik sebuah video penjelasan di aplikasi TikTok bagi menafikan tuduhan kononnya dia memaksa Aman yang sedang menghidap penyakit diabetes untuk bekerja menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Reena menjelaskan kelibat Aman di tapak jualan hanyalah sebagai peneman kerana risau akan keselamatannya ketika keluar berniaga seorang diri.

Untuk rekod, Dayini merupakan anak tunggal hasil perkahwinan Aman Graseka dengan Mas Idayu sebelum pasangan itu sah bercerai pada tahun 2006.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain