SUKA menonton visual dan cerita melibatkan mayat serta membaca kes forensik merupakan antara minat pelakon Dynas Mokhtar yang tidak diketahui ramai.Kata Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 43, minatnya terhadap penyiasatan forensik kematian itu bukan sesuatu perkara baharu, malah sudah wujud sejak sekian lama. “Saya memang suka tengok cerita bunuh-bunuh, saya suka tengok mayat. Dari dulu lagi, terutama masa zaman Tsunami 2004, saya memang sibuk ‘Google’ macam mana rupa mayat selepas beberapa hari.Dynas bukan psikopat.“Saya suka tahu macam mana tubuh badan kita berfungsi, jadi saya memang suka tengok cerita penyiasatan jenayah atau kes jenayah sebenar.“Kalau ada filem berdasarkan kisah benar, memang saya akan tengok, terutama watak psikopat seperti dalam drama bersiri Griya itu," katanya kepada mStar.Dynas juga mengakui tidak berasa janggal melihat gambar atau bahan berkaitan forensik, sebaliknya rasa ingin tahu itu lebih menguasai dirinya.ARTIKEL BERKAITAN: Malas isi minyak punya fasal, Dynas Mokhtar tersadai tepi jalan... Nasib baik suami datang walau kena bebelARTIKEL BERKAITAN: Lembu lari pukul 3 pagi, Dynas Mokhtar rasa pengalaman ibadah korban dalam hutanNamun begitu, sehingga kini pelakon itu berkata dia belum pernah berdepan pengalaman melihat mayat secara berdepan.“Saya tak geli, tapi akan cari tahu cerita di sebalik orang itu dan macam mana dia jadi macam itu. Cuma saya tak tahu kalau tengok depan mata macam mana reaksinya,” luahnya.Dalam masa sama, Dynas turut menolak tanggapan bahawa minatnya itu sebagai pelik namun menganggap ia berpunca daripada sifat ingin tahu yang tinggi terhadap fungsi tubuh manusia.Dia juga mendedahkan anak keduanya turut berkongsi minat sama, malah tidak menghalang sekiranya anaknya mahu menceburi bidang berkaitan seperti polis atau forensik.Antara pelakon Griya dari kiri Dynas, Chacha Maembong, Nazim Othman, dan Scha Al Yahya.“Ini lebih kepada perasaan ingin tahu. Saya sendiri pernah tertanya-tanya, ‘aku ini psikopat ke?’ Tapi sebenarnya tidak.“Saya cuma nak tahu macam mana badan manusia berfungsi,” kongsinya.Dynas turut mengakui keterlibatannya dalam drama bersiri Griya mengundang rasa teruja kerana jalan cerita yang dekat dengan minat peribadinya.Drama bersiri Griya bersiaran platform penstriman iQIYI dan Netflix sebanyak 10 episod.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!