suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Konsert Peterpan tetap berjalan meski tanpa Ariel, peluang peminat imbau nostalgia kegemilangan

Ariel sedang berehat dari sebarang konsert.

KONSERT The Journey Continues Peterpan, Semua Tentang Kita yang bakal berlangsung di Idea Live Arena, Selangor pada 11 Julai depan tetap diteruskan seperti dirancang meskipun tanpa kehadiran vokalis ikonik kumpulan itu iaitu Ariel.

Menurut wakil penganjur, Thata Joyce Sigar, Ariel kini sedang menjalani tempoh rehat panjang daripada aktiviti bersama Peterpan dan Noah bagi memberi tumpuan kepada perjalanan seni secara solo.

"Ariel kini sedang berada dalam tempoh hiatus (rehat panjang). Mungkin satu atau dua tahun lagi, malah kami sendiri tidak tahu sehingga bila dia akan berehat.

Wakil penganjur kongsi perjalanan konsert Peterpan.

"Ketika ini dia tidak bersama Peterpan mahupun Noah kerana sedang bergerak secara solo. Selepas selesai menjalani penggambaran filem, Ariel juga lebih banyak terlibat dalam projek kolaborasi bersama artis lain," katanya.

Mengulas lanjut, Thata berkata keputusan Ariel itu dibuat bagi memberi ruang kepada anggota lain untuk terus aktif berkarya serta meneruskan legasi Peterpan.

Walaupun tanpa kehadiran Ariel, konsert berkenaan tetap menjanjikan pengalaman istimewa buat peminat dengan mengimbau nostalgia era kegemilangan Peterpan.

ARTIKEL BERKAITAN: Noah janji persembahan bertenaga, lagu popular Peterpan bakal bergema di Zepp Kuala Lumpur

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia destinasi terakhir konsert Noah, ambil keputusan berehat daripada bidang muzik

"Ariel sendiri mahu rakan-rakannya terus berkarya. Sebab itu Peterpan kini bergerak sebagai sebuah band.

"Walaupun perjalanan Peterpan ini tetap melibatkan Ariel, apa yang pasti ini adalah peluang untuk generasi muda mengenali Peterpan dengan lebih dekat," ujarnya.

Konsert berkenaan bakal dimeriahkan dengan penampilan beberapa artis terkenal Indonesia dan Malaysia termasuk Marcello Tahitoe atau Ello, yang juga vokalis kumpulan Dewa, Tantri Syalindri daripada kumpulan Kotak serta penyanyi Rony Parulian.

Antara artis yang memeriahkan konsert Peterpan.

Selain itu, Arda Hatna dan Hael Husaini turut akan membuat persembahan pada malam tersebut.

Lebih istimewa, konsert itu turut menyaksikan kemunculan semula anggota pengasas Peterpan iaitu Ilsyah Ryan Reza, Loekman Hakim, Andika Naliputra dan Indra yang bakal mengubat kerinduan peminat terhadap band popular itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain