suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dah lama tak jumpa bapa, anak Mas Idayu dapat maklumat Aman Graseka tidak sihat

Dayini dedah sudah lama tidak bertemu bapa.

ANAK kepada penyanyi Mas Idayu iaitu Nur Dayini Ashiqah mendedahkan dia sudah bertahun-tahun tidak bertemu bapanya yang juga pelakon, Aman Graseka.

Meskipun tidak lagi berhubung rapat, Dayini, 28, berkata dia masih mengikuti perkembangan semasa bapanya menerusi maklumat yang disampaikan oleh individu lain.

"Ya, memang betul saya sudah bertahun-tahun tidak berjumpa papa. Namun Alhamdulillah, setiap tahun ada sahaja hamba Allah yang menyampaikan maklumat atau perkembangan terkini mengenai dirinya.

Dayini luah rasa bimbang dengan keadaan bapanya.

"Dari situ saya tahu keadaan papa sekarang. Tetapi semakin lama, semakin teruk keadaannya," katanya menerusi hantaran Thread.

Dalam pada itu, Dayini turut meluahkan kebimbangan terhadap tahap kesihatan bapanya yang didakwa masih bekerja walaupun berada dalam keadaan kurang sihat.

"Apa yang saya cuba sampaikan ialah papa saya sedang sakit teruk tetapi masih dipaksa bekerja?

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa tak cari anak?” - Mas Idayu terkejut Aman Graseka minta bantuan, harap kenang kisah dulu!

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh pelakon era 90-an minta bantuan nak bagi anak makan, Aman Graseka tampil jelas situasi sebenar... Kini sibuk berniaga ketupat dan rendang

"Tuan badan ingatlah Allah. Tuan badan ingatlah Allah. Derhaka kepada suami adalah dosa besar," ujarnya.

Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Dayini tidak berjaya apabila panggilan telefon dan hantaran mesej di WhatsApp tidak berbalas.

Untuk rekod, Aman berkahwin dengan Mas pada 1997 dan dikuniakan seorang cahaya mata.

Aman kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan iaitu Nurul Amrina pada 2018 dan mempunyai dua cahaya mata lelaki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berikut

Artikel Lain