suria

Kecoh pelakon era 90-an minta bantuan nak bagi anak makan, Aman Graseka tampil jelas situasi sebenar... Kini sibuk berniaga ketupat dan rendang

Aman memaklumkan dia dan isteri kini menjalankan perniagaan menjual ketupat dan rendang.

SEJAK Jumaat kecoh mengatakan pelakon popular era 90-an Aman Graseka berada dalam kesempitan hidup sehingga terpaksa menagih simpati orang ramai bagi memberi anak-anaknya makan.

Tampil menjelaskan perkara itu, Aman atau Aman Shah Baharom Shah, 56, sebaliknya memaklumkan dia dan keluarga berada dalam keadaan baik.

Malah kata Aman dia masih mempunyai pekerjaan dan berita yang ditularkan mengenainya adalah tidak benar.

1280241

Aman dan Amrina berkahwin pada 2018.

"Perkara itu (yang tular) semua tidak betul. Saya ada kerja sendiri.

"Hamba (saya) okay saja dengan isteri dan anak-anak," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Dalam pada itu, Aman memberitahu dia sendiri terkejut apabila tular berita mengatakan dia memerlukan bantuan selain kenderaan miliknya rosak.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Aman Graseka bersalin di hospital swasta, netizen tanya mana dapat duit - “Saya pun tak tahu pelakon mana yang bayarkan”

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto atas pelamin... Ingatkan Ara Johari dah nak kahwin rupanya majlis tunang adik

Jelas Aman, ketika ini dia mengusahakan perniagaan menjual ketupat dan rendang bagi menampung kehidupan seharian bersama keluarga.

"Saya terkejut tengok berita fasal saya viral. Saya ada kerja sendiri. Saya berniaga ketupat rendang bersama isteri," jelasnya.

Sebelum ini, penyampai radio dan pelakon Sharifah Shahirah ada memuat naik hantaran di Instagram berhubung Aman memohon bantuan orang ramai kerana hilang punca pendapatan.

Perkara itu (yang tular) semua tidak betul. Saya ada kerja sendiri.

AMAN GRASEKA

PELAKON

Untuk rekod, Aman sebelum ini pernah berkahwin pada 1997 dengan penyanyi Mas Idayu dan perkahwinan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Dayini Asyiqah, 26 tahun.

Selepas bercerai pada 2007, Aman sekali lagi berkahwin dengan wanita pilihan iaitu Nurul Amrina pada 2018.

Rumah tangga yang dibina turut diserikan dengan kehadiran dua anak lelaki iaitu Aishymir Mateen, 5 dan Aishyraf Mikail Shah, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain