suria

Isteri Aman Graseka bersalin di hospital swasta, netizen tanya mana dapat duit - “Saya pun tak tahu pelakon mana yang bayarkan”

Isteri Aman Graseka iaitu Reena bersalin anak kedua di sebuah hospital swasta di Sungai Petani, Kedah.

GARA-GARA pernah berkongsi diuji dengan kesempitan hidup akibat pandemik Covid-19, tindakan Aman Graseka membawa isterinya bersalin di sebuah hospital swasta di Sungai Petani, Kedah pada Rabu lalu dipersoalkan netizen.

Tampil menjelaskan hal itu, isteri pelakon berkenaan, Nurul Amrina Zamri, 32, atau lebih mesra disapa Reena berkata, kos untuk dia bersalin di pusat perubatan itu ditanggung seorang seorang pelakon wanita yang enggan namanya didedahkan.

"Pelakon yang menaja kos kelahiran itu yang cadangkan saya melahirkan bayi di hospital berkenaan. Kalau ikutkan saya dengan abang tak kisah pun untuk bersalin di hospital kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aman Graseka kecil hati dengan anak, isteri tak halang!

"Lagi pula sekarang kes Covid-19 tinggi di Kedah, jadi kita cuba elakkan daripada terdedah kepada jangkitan. Dalam masa sama, kita pun cuba bantu kurangkan beban hospital kerajaan yang perlu fokus kepada pesakit Covid-19.

"Saya ikut sahaja sebab ini permintaan pelakon itu, sebenarnya tak ada beza pun bersalin di mana sekali pun kerana sakitnya tetap sama," katanya ketika dihubungi mStar.

reena 2Reena hanya ikut permintaan suami dan penaja yang mahu dia bersalin di hospital swasta.

Reena selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.1 kilogram secara normal pada pukul 3.54 petang, Rabu lalu.

Terdahulu, segelintir netizen mempersoalkan kewajaran pelakon itu membawa isterinya bersalin di hospital swasta yang sememangnya memerlukan kos yang tinggi.

Menurut netizen, tindakan itu tidak selari dengan kenyataan pelakon itu sebelum ini yang mendakwa berada dalam kesempitan hidup akibat Covid-19.

"Sanggup eh meminta simpati orang demi nak bersalin swasta, tak faham aku pemikiran orang-orang begini," ujar salah seorang netizen.

Pada 29 Julai lalu, Aman, 53, pernah menyuarakan rasa kesal kerana masih belum menerima bayaran tunggakan lakonannya sejak empat tahun lalu.

Abang kunci mulut tentang hal ini, mungkin dia takut kalau saya tahu nanti, saya terlepas cakap dekat orang lain.

REENA

ISTERI AMAN GRASEKA

Menurut Aman, sudah dua tahun dia hilang punca pendapatan akibat penularan pandemik Covid-19 yang menyekat peluangnya untuk berlakon.

Dia ketika itu buntu untuk mendapatkan wang apabila isterinya dijangka melahirkan anak kedua mereka.

reena 1Suami rahsiakan penaja kos bersalin.

Sementara itu ditanya siapakah aktres yang bermurah hati berkenaan, Reena berkata sehingga kini suaminya tidak mendedahkan mengenai identiti pelakon wanita tersebut.

"Semua hal bersalin abang yang uruskan... sejujurnya saya pun tak tahu siapa pelakon yang bayarkan kos bersalin itu.

"Abang kunci mulut tentang hal ini, mungkin dia takut jika saya tahu mungkin saya terlepas cakap dekat orang lain... saya tanya banyak kali pun dia tak mahu beritahu.

"Sampai sekarang saya tak kenal siapa pelakon tu. Apa-apa pun saya bersyukur sangat-sangat ada yang sudi menaja kos bersalin ini. Semoga individu itu dimurahkan rezeki," ujarnya.

reena keluargaReena bersalin di hospital swasta kerana risau kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat.

Berkongsi mengenai proses kelahiran kedua ini, Reena bersyukur ia berjalan lancar dan dipermudahkan.

"Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Sama saja macam kelahiran anak pertama dulu, cuma kali ini kontraksi tak terlalu lama, sejam sahaja dalam bilik bersalin, baby dah keluar.

"Saya berpantang di rumah sendiri tapi emak datang bantu urus... Alhamdulillah bayi semua sihat cuma abang la letih sikit kerana dia yang mengambil tugas uruskan anak pertama," katanya.

Aman berkahwin dengan Reena yang juga merupakan model dan pelakon pada tahun 2018.

Pasangan ini turut mempunyai seorang anak lelaki, Aishymir Mateen yang kini berusia dua tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain