suria

Kongsi foto atas pelamin… Ingatkan Ara Johari dah nak kahwin rupanya majlis tunang adik

Ara nafi mengikat tali pertunangan.

GARA-GARA berkongsi foto duduk bersama seorang lelaki di atas pelamin, penyanyi Ara Johari disangka sudah melangsungkan pertunangannya.

Menjawab salah faham itu, Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari , 27, berkata foto itu dirakam semasa majlis pertunangan adiknya iaitu Muhammad Qayyum Haziq, 22.

"Tak (bertunang)... bagi siapa yang mengenali saya, mereka tahu siapa yang saya kongsi, itu adik ketiga saya.

ara1 - 1

Ara menjawab tentang salah faham yang berlaku.

"Dia langkah bendul sebab kakak dan abangnya masih lagi belum berkahwin, biarlah dia jalan (tunang) dulu.

"Saya tiadalah rasa janggal sebab dah jodoh adik sampai awal," katanya kepada mStar.

Ara berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Pesta Muzik Kuantan Dengan Ungu dan Artis Tanah Air di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ramai lagi artis sangat seksi, tapi kenapa aku?"- Ara Johari masih trauma, berdebar peminat lelaki ajak bergambar

ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari hilang suara 2 hari sebelum show... "Gementar sebab kena nyanyi depan Agong kesayangan kita"

Sebelum ini, Ara ada memuat naik satu hantaran di InstaStory menunjukkan dia sedang duduk di atas pelamin bersama seorang lelaki.

Lebih menjadi tanda tanya apabila muka lelaki tersebut ditutup dengan sejambak bunga.

Ditanya bilakah dia akan menamatkan zaman bujang, penyanyi lagu Bunga ini memberitahu masih belum mempunyai perancangan itu.

Tak (bertunang)... bagi siapa yang mengenali saya, mereka tahu siapa yang saya kongsi, itu adik ketiga saya.

ARA JOHARI

PENYANYI

Justeru itu, Ara memohon supaya orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

"Untuk kata bila saya nak bertunang tu, masih tiada rancangan lagi.

"Calon itu doakan yang terbaik sahaja untuk 2024 ini," ujarnya.

ara33 - 1

Ara hanya berkongsi foto majlis pertunangan adiknya.

Bercerita mengenai Pesta Muzik Kuantan Dengan Ungu dan Artis Tanah Air, Ara meluahkan rasa teruja dan berbesar hati kerana dijemput sebagai salah seorang artis jemputan.

Meskipun hanya diberi peluang menyanyikan tiga buah lagu, dia akan tetap menghiburkan pengunjung dengan persembahan terbaik.

"Kalau rasa tidak puas, saya akan belanja lagu tapi kalau cukup masa. Ini bukan soal pemurah, tapi sebab saya pentingkan kepuasan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain