suria

Ara Johari hilang suara 2 hari sebelum show... “Gementar sebab kena nyanyi depan Agong kesayangan kita”

arar

PENYANYI Ara Johari berdepan masalah suara sebelum melakukan persembahan di Majlis Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang pada Sabtu lalu.

Kata Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 26, apa yang lebih membimbangkan dirinya apabila persembahan tersebut akan dilakukan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

"Dua hari sebelum persembahan, suara memang hilang terus dan keluar angin saja bila bercakap.

350743249_571017765212455_1826966000426302284_n

Ara kongsi ujian sebelum lakukan persembahan depan Agong.

"Ara memang gementar gila untuk persembahan kali ini sebab kena menyanyi di depan Agong kesayangan ramai," katanya.

Ara berkongsi perkara itu menerusi akaun TikTok miliknya berserta rakaman proses latihan dan juga malam persembahan.

Menerusi video berkenaan, dapat kedengaran suara Ara semasa latihan sedikit serak semasa menyanyikan lagu Sekuntum Mawar Merah yang dipopularkan Ella berbanding persembahannya pada malam tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari sempat jerit kena cabul belakang pentas, polis tahan suspek

ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan alami masalah tekak, Ara Johari akhirnya serah diri jumpa pakar ENT

Kata Ara, dia bagaimanapun bersyukur apabila dapat melakukan persembahan yang memuaskan hati meskipun suaranya tidak sepenuhnya pulih ketika itu.

"Tapi Alhamdulillah saya berjaya lakukan. Walaupun masih ada serak dan sedikit kasar tapi Tuhan saja tahu macam mana leganya Ara selepas persembahan ini," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, salah seorang netizen yang hadir pada acara berkenaan memuji persembahan mantap Ara pada malam berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain