suria

Dian Sastrowardoyo asing diri selama 7 bulan, tak tengok TV demi watak Jeng Yah

Dian berjaya membawakan watak Dasiyah dengan baik.

PELAKON Dian Sastrowardoyo berkongsi pengalaman dan cabaran dalam membawakan watak Dasiyah menerusi drama siri berjudul Gadis Kretek yang sedang ditayangkan di platform penstriman digital, Netflix.

Menerusi temu bual bersama tokoh media yang juga Penasihat Kumpulan The Star Berhad iaitu Datuk Seri Wong Chun Wai, Dian, 41, mendedahkan dia terpaksa mengasingkan diri dan tidak bergaul dengan orang ramai semata-mata ingin mendalami watak utama berkenaan.

Malah, dia juga tidak melakukan sebarang aktiviti sosial dan hanya memberikan fokus kepada diri sendiri dalam tempoh tujuh bulan.

Dian terharu dengan sambutan luar biasa yang diterima.

Dian terharu dengan sambutan luar biasa yang diterima.

"Untuk watak ini, saya sebenarnya mengambil langkah untuk tidak bertemu dengan kawan-kawan selama lebih kurang tujuh bulan.

"Saya ini sebenarnya orang yang aktif melakukan pelbagai aktiviti tapi untuk mendalami watak Dasiyah, saya mengelakkan diri untuk bertemu dengan orang lain kecuali keluarga.

"Saya juga mendisiplinkan diri untuk tidak menonton televisyen, mendengar radio. Kalau mahu mendengar muzik pun saya hanya memilih muzik klasik Jawa atau keroncong era 40-an.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami hanya beri sokongan, tak mahu tonton lakonan Dian Sastrowardoyo dalam 'Gadis Kretek'

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau kata saya sombong, terpulanglah" - Dian Sastrowardoyo tak layan peminat mahu bergambar ketika sedang cuti

"Saya mahu diri saya hanya berada di era itu (40-an) dan saya hanya menghabiskan masa dengan membaca buku serta membuat latihan berjalan di rumah," katanya menerusi saluran YouTube Real Chun Wai.

Demi watak Dasiyah atau Jeng Yah, Dian berkata dia perlu memenuhi permintaan pengarah drama tersebut iaitu Kamila Andini yang mahu dirinya menukar cara percakapan dan berjalan.

"Pengarah mahukan saya membawakan karakter Dasiyah dengan cara berjalan dan bercakap yang sangat perlahan... mungkin empat kali lebih perlahan daripada cara saya berjalan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DIAN INI!

"Untuk membawakan karakter seperti itu memerlukan banyak usaha dan saya meluangkan masa beberapa bulan untuk berjalan seperti Darsiyah.

"Sampaikan otot saya mula rasa sakit disebabkan saya terpaksa mengawal cara jalan yang begitu," ujarnya.

Pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta itu bagaimanapun tidak menyangka sambutan luar biasa yang diterima oleh peminat seluruh dunia terhadap siri Gadis Kretek ini.

Paling mengejutkan drama berkenaan turut mendapat sambutan di negara Amerika Selatan termasuk Argentina, Brazil dan Romania.

"Sejujurnya saya tidak menyangka sambutan yang diterima begitu luar biasa. Saya benar-benar terkejut dan terharu dengan sokongan ramai.

Antara babak Gadis Kretek yang dilakonkan bersama Ario Bayu.

Antara babak Gadis Kretek yang dilakonkan bersama Ario Bayu. FOTO: Netflix.

"Bukan hanya di Indonesia, saya terharu dengan penerimaan peminat di Malaysia, Singapura, Brunei dan saya tidak sabar untuk melihat sambutan di beberapa negara Asia lain.

"Namun yang paling saya tidak sangka, drama ini juga disambut baik di beberapa negara Amerika Selatan seperti Argentina, Peru, Brazil, Romania dan Pueto Rico," ujarnya.

Selain Dian, Gadis Kretek turut dibintangi barisan pelakon termasuk Ario Bayu, Arya Saloka, Putri Marino, Tissa Biani, Ine Febriyanti, Winky Wiryawan, Sheila Dara, Ibnu Jamil, Rukman Rosadi, Nungki Kusumastuti, Dimas Aditya, Pritt Timothy dan Tutie Kirana.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain