suria

Individu curi stok di gudang dirakam CCTV, Aeril Zafrel jejak pekerja selepas gagal dihubungi

Aeril sedang menjejaki seorang pekerja lelaki yang didakwa pecah amanah.

HARAPKAN pegar, pegar makan padi.

Itu perumpamaan boleh digunakan untuk seorang lelaki dipercayai pekerja di syarikat milik pelakon dan usahawan Aeril Zafrel yang didakwa melakukan pecah amanah.

Lebih memburukkan keadaan, tindakan lelaki berkenaan berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang di pasangan di dalam kawasan kilang yang memperlihatkan individu itu membawa keluar kotak tanpa kebenaran.

Susulan itu, Aeril atau Suhairil Suhari, 36, sedang menjejaki lelaki terbabit selepas usaha menghubunginya gagal apabila panggilan dan mesej dihantar tidak dijawab.

aeril1 - 1

Aeril mendedahkan wajah dan kelakuan pekerja lelakinya.

"Ada yang kenal mamat ni? Kes staf pecah amanah dan bawa lari stok sebab daripada semalam telefon dan WhatsApp tidak dibalas," katanya.

Aeril berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian sama, suami kepada Wawa Zainal ini turut memuat naik foto dan video memaparkan pekerjanya itu masuk ke gudang dan sempat mejeling ke arah CCTV sebelum membawa keluar sebuah kotak.

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel, Wawa Zainal bayar zakat perniagaan lebih RM1 juta... Syukur rezeki tak putus tahun ini

ARTIKEL BERKAITAN: Berani komen jahat tapi tak tunjuk muka... Aeril dan Wawa 'sound' netizen sentuh isu sensitif, enggan jadi mangsa buli siber

Usaha mStar mendapatkan reaksi Aeril berhubung perkara itu bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dibuat tidak diangkat.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan lelaki tersebut sekiranya dakwaan dia mencuri stok produk itu adalah benar.

"Tak berkat buat macam tu, banyak mana saja kau (pekerja) boleh dapat dengan curi produk tersebut. Dapat banyak dosa saja.

"Susah nak cari pekerja yang jujur, sebab itu tidak boleh percaya 100 peratus dengan pekerja," tulis netizen.

aeril2 - 1

Aeril dan Wawa mengusahakan perniagaan kosmetik lapan tahun lalu.

Untuk rekod, Aeril dan Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 31, mengusahakan perniagaan di bawah rangkaian jenama Wawa Cosmetics bermula pada 2015.

Pada pertengahan Disember lalu, pasangan suami isteri ini membayar zakat perniagaan sebanyak RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Jumlah bayaran yang dibuat itu berdasarkan keuntungan yang diperoleh daripada perniagaan yang dijalankan pada tahun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain