PELAKON Fatin Afeefa berkongsi berita duka pemergian bapa tercinta iaitu Shamsudin pada awal pagi Sabtu.Khabar sedih itu dikongsikan sendiri oleh Fatin, 32, menerusi satu hantaran di aplikasi Threads. Menurut Fatin, dia dan adik perempuannya berada di sisi arwah sehingga menghembuskan nafas terakhir.Fatin kongsi khabar duka mengenai bapanya."Hari ini, saya mengucapkan selamat tinggal kepada baba saya. Arwah meninggal dunia pada pukul 3.48 pagi."Saya dan adik perempuan saya berada di sisinya ketika itu," tulisnya.Dalam pada itu, Fatin mengakui masih terkejut dan sukar menerima pemergian insan tersayang tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun turun naik mahkamah, Fatin Afeefa syukur nafkah anak dinaikkanARTIKEL BERKAITAN: Kes hadanah selesai, Fatin Afeefa dapat hak penjagaan penuh anak"Saya rasa perkara ini masih belum benar-benar saya terima sepenuhnya. Saya sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak saya katakan," ujarnya.Fatin bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai punca kematian bapanya.Sementara itu, menerusi Instagram pula, Fatin turut memuat naik beberapa foto kenangan bersama arwah sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang terhadap bapanya.Fatin kongsi beberapa foto kenangan arwah bapa."Terima kasih kerana menyayangi saya sepanjang hayatmu. Saya akan merinduimu sepanjang hayat saya," katanya.Hantaran tersebut turut dibanjiri ucapan takziah dan kata-kata semangat daripada pengikut yang mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!