suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya tak kacau orang” - Siti Saerah berang individu buat tuduhan tak betul tentang keluarga

Saerah bengang netizen masuk campur kisah keluarganya.

PENYANYI Siti Saerah meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan seorang lelaki memuat naik hantaran tidak benar mengenai dirinya dan anak.

Menerusi laman Threads, Saerah atau nama sebenarnya Siti Sairah Tarudin, 43, berasa kesal dan hairan apabila isu keluarganya dijadikan topik bualan sehingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan netizen.

"Saya tak kacau orang, yang tiba-tiba gatal sangat tangan itu nak mengundang dan mencetuskan perbalahan dah kenapa?" tulisnya.

Hantaran Saerah jadi perhatian ramai.

Dalam perkongsian sama, Saerah turut memuat naik tangkap layar memaparkan hantaran Thread individu dikenali sebagai @ridzzychanduri yang didakwa menyentuh mengenai anaknya, Amad.

Individu berkenaan mendakwa Saerah mengerah tenaga Amad sehingga menyebabkan bekas suaminya mengambil tanggungjawab untuk menjaga anak mereka kembali.

Menurut Saerah, dia sudah cuba menghubungi individu terbabit bagi mendapatkan penjelasan dan menyelesaikan perkara itu secara baik, namun usaha tersebut tidak mendapat maklum balas yang memuaskan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Siti Saerah reda Amad Dayyan berpindah ke Kuantan, tak halang pilihan anak… “Saya sedih sampai tak boleh tidur”

ARTIKEL BERKAITAN: Amad Dayyan utamakan pelajaran, pilih sekolah di Kuantan

"Ini nak buat macam mana? Bila dah hubungi tak mengaku dan nak hubungi balik katanya, tapi sampai malam tak ada.

"Ke nak sambung kena simpan dua tahun lagi? Jangan cakap dia sudah padam, kemudian boleh sewenang-wenangnya diam macam itu. Banyak sangat masa terluang macam inilah," luahnya.

Amad melanjutkan pelajaran di Kuantan, Pahang.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya menyarankan agar Saerah mengambil tindakan tegas terhadap individu berkenaan sebagai pengajaran kepada pihak lain agar lebih bertanggungjawab ketika meninggalkan komen di media sosial.

Sebelum ini, bekas suami Saerah yang juga bapa kandung Amad iaitu Saiful Anuar memaklumkan anaknya itu mengambil keputusan untuk meneruskan sesi persekolahan di Kuantan, Pahang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain