KETIKA namanya sedang menjadi sebutan, pelakon Fify Azmi sempat berseloroh memberi bayangan sorang lelaki bernama 'Niezam' dianggap seperti menyeramkan. Membalas komen di laman Threads, Fify atau Nur Afiqah Mohamed Azmi, 36, secara tidak langsung dilihat seolah-olah memberitahu gerangan individu yang dimaksudkan dalam perkongsian sebelum ini. "Abang Nizam bukan Niezam. Komen balas Fify di Threads. "Nizam okay lagi, tapi kalau Niezam yang itu seram," komen. Fify menulis perkara tersebut sebagai respons kepada hantaran pelawak Nizam Jentik Jentik yang bergurau mahu menukar namanya kepada 'Nizam Zentik'. Akronim NZ mula menjadi bahan jenaka di media sosial selepas Fify sendiri mendedahkan kekasihnya yang dikenali sebagai NZ berlaku curang. ARTIKEL BERKAITAN: Fify Azmi sebut nama ‘NZ’, tak sangka kekasih kantoi curang di hari ulang tahun ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine tak suka tempat kotor, bawa cadar datang rumah Niezam... Minta Fify Azmi tidak libatkan nama kes curangBiarpun Fify tidak mendedahkan nama sebenar yang disebut sebagai NZ, namun warganet mula mengaitkan isu curang tersebut dengan aktor Niezam Zaidi. Tidak hanya itu, nama pelakon Nafiez Zaidi juga turut disebut-sebut kerana mereka sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta. Malah pempengaruh asal Singapura iaitu Sarah Yasmine juga turut mengakui berkawan dengan Niezam Zaidi selepas namanya juga terlibat dalam isu berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!